Ruang udara warna hijau di sebuah taman perumahan di Kabupaten Sungai Besar, Sabak Bernam, malam tadi.
SABAK BERNAM – Fenomena ruang udara yang disinari warna hijau mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat di kawasan Sungai Besar malam tadi.
Gambar itu dipercayai dirakam seorang individu di sebuah taman perumahan dan kemudian memuat naik ke dalam media sosial.
Gambar itu dipercayai dirakam seorang individu di sebuah taman perumahan dan kemudian memuat naik ke dalam media sosial.hadapan rumahnya.
Kejadian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa turut menyaksikan perkara sama.
“Habis sahaja (selesai) azan Isyak, ia terus hilang dan kejadian itu aneh kerana berlaku di depan rumahnya yang menghadap jalan.
“Belakang rumah saya laut, tetapi saya nampak depan rumah, (mustahil nelayan) candat sotong dekat jalan, (rasa) pelik,” katanya.
Namun, netizen mengaitkan cahaya itu datang daripada arah bot nelayan yang melakukan aktiviti mencandat sotong di laut berdekatan.
“Cahaya itu dipercayai dari bot nelayan di kawasan bagan berhampiran. Namun, cahaya hijau di angkasa itu dipercayai berlaku dalam tempoh singkat dan keadaan langit kembali gelap,” katanya. – KOSMO! ONLINE
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register