CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1887|Reply: 0

[Kedah] 260 kawasan berisiko banjir di Kedah

[Copy link]
Post time 23-10-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Zairil Anuar (kiri) dan anggota APM Kedah meninjau Sungai Anak Bukit di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah mengenal pasti sebanyak 260 kawasan di seluruh negeri ini yang berisiko banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, kawasan tersebut melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Pokok Sena yang berada di lembangan Sungai Kedah selain Kuala Muda, Baling dan Sik di lembangan Sungai Muda.

“APM Kedah bersiap sedia daripada segi logistik bersama seramai 1,100 anggota yang boleh digerakkan bila-bila masa sekiranya berlaku banjir dan bencana terutama di kawasan hot spot banjir ini.

“Selain itu, sebanyak 38 aset darat dan 85 aset air disiapkan untuk menghadapi bencana kali ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Sungai Anak Bukit, di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut meletakkan anggota bagi memantau keadaan paras sungai di negeri ini yang mencatatkan peningkatan pada paras bahaya dan waspada terutama di kawasan penempatan penduduk.

“Lima sungai yang trend dalam keadaan bahaya ialah Sungai Anak Bukit dan Sungai Naka, paras waspada (Sungai Janing dan Sungai Pendang) serta amaran (Sungai Laka). Bagi penduduk yang berada di sekitar sungai ini dikehendaki sentiasa peka dan berpindah segera sekiranya kawasan dinaiki air,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika mengunjungi kawasan air terjun terutama berisiko berlaku kejadian kepala air ketika MTL ini.

“Kita mengenal pasti dua kawasan berisiko kepala air iaitu di Changkat Iboi, Baling dan Titi Hayun di Yan. Pada waktu cuti sekolah nanti, saya kira keluarga akan ambil peluang beriadah di kawasan lata dan air terjun ini, jadi saya nasihatkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan cuaca.

“Jika berlaku deruan angin atau hujan di kawasan bukit, kita nasihat supaya segera naik dan jauhkan dari lata atau air terjun itu untuk elak berlaku kepala air supaya tak jadi mangsa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ko-banjir-di-kedah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.319409 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list