CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 0

[Kedah] Sempat bisik dua kalimah syahadah di telinga isteri

[Copy link]
Post time 23-10-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Firdaus (kiri) menunjukkan gambar Nur Syafiqah yang meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Pekerja stesen minyak di Jalan Kuala Kedah di sini, tidak menyangka bunyi dentuman akibat kemalangan jalan raya tidak jauh dari tempatnya bekerja semalam sebenarnya meragut nyawa isterinya.

Mohamad Firdaus Roslan, 34, berkata, dia mendengar dentuman kuat akibat kemalangan 7.05 malam itu tapi meneruskan kerja seperti biasa kerana tidak tahu siapa mangsanya.

"Namun tak lama kemudian, ada remaja lelaki datang memberitahu mangsa kemalangan itu adalah isteri dan kakak ipar.

"Macam nak luruh jantung apabila dapat tahu. Saya bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku," katanya.

Mohamad Firdaus adalah suami kepada Nur Syafiqah Abdullah, 32, yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bersama kakaknya, Nooraliza, 43, dilanggar kereta dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, semalam.

Nur Syafiqah meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kecederaan di badan.

Menurut Mohamad Firdaus, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia mencari anak tunggal mereka, Muhammad Adam Amar, 2, kerana menyangka isterinya membawa anak mereka bersama.

"Namun saya dimaklumkan isteri tidak membawa anak ketika itu. Mereka sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Ulu, Kuala Kedah selepas pulang dari karnival makanan di sebuah pasar raya di situ," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini hari ini.

Mohamad Firdaus berkata, dia sempat membisikkan dua kalimah syahadah kepada isterinya yang ketika itu masih bernyawa dan terbaring di atas bonet kereta itu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

Katanya, kali terakhir dia bertemu isterinya pada jam 5 petang iaitu kira-kira dua jam sebelum kemalangan.

"Waktu itu saya pulang ke rumah untuk makan dan saya sempat berbual dengan isteri sambil bergurau.

"Tak sangka itu kali terakhir kami berbual mesra sebelum dia pergi buat selamanya meninggal saya dan anak yang masih kecil," katanya.

Mohamad Firdaus berkata, isterinya adalah anak bongsu daripada enam beradik dan disifatkan sangat rapat kakaknya.

"Dua hari lalu, isteri menyerahkan sekeping gambar kepada saya dan meminta simpan dalam dompet kerana arwah baru mengambil gambar ukuran pasport untuk membuat pas sempadan.

"Dia bercadang hendak bercuti ke Thailand bersama rakan-rakannya pada 5 November ini dan mengambil gambar itu sebelum menyerahkan sekeping kepada saya buat kenangan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Firdaus berkata, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku namun bercadang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga remaja perempuan berkenaan.

Katanya, mereka tidak sepatutnya membenarkan remaja bawah umur memandu kereta tanpa lesen sehingga mengakibatkan nyawa isteri melayang.

"Biar semua urusan selesai dulu baru saya akan fikir tindakan undang-undang yang akan diambil nanti.

"Setakat ini, tiada seorang pun ahli keluarga remaja itu datang memohon maaf kepada kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... h-di-telinga-isteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060367 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list