CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Kedah] 3 PPS dibuka tempatkan 72 mangsa banjir Sik

[Copy link]
Post time 23-10-2023 09:47 AM | Show all posts |Read mode
3 PPS dibuka tempatkan 72 mangsa banjir Sik


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



ANGGOTA BBP Sik mengharungi kawasan yang terjejas banjir selepas laluan di kawasan itu terputus ditenggelami air untuk menyelamatkan mangsa. FOTO Ihsan JBPM




Sik: Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini yang menempatkan lima sekeluarga.

Pembukaan PPS Surau Kampung Belimbing itu menjadikan keseluruhantiga PPSyang aktif setakat 8 pagi ini dengan keseluruhan 72 mangsa daripada 15 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, PPS berkenaan dibuka pada 11 malam, manakala dua PPS terdahulu diaktifkan sebelum itu disebabkan paras air meningkat.

Katanya, antara kampung terjejas Kampung Banggol Kiat, Taman Derdap, Kampung Jerai, Kampung Belimbing, Kampung Seberang Pekan Sik, Kampung Kemelong di Mukim Sik, manakala Kampung Pinang dan Kampung Surau di Mukim Sok.

"Anggota APM Sik masih memantau kawasan yang terjejas," katanya yang turut menasihati penduduk di kawasan rendah supaya berhati-hati dan berpindah sekiranya paras air semakin meningkat.



Disiarkan pada: Oktober 23, 2023 @ 9:07am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051141 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list