CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Kedah] Peniaga korban pemandu remaja, kakak cedera

[Copy link]
Post time 23-10-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga korban pemandu remaja, kakak cedera


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



MOTOSIKAL yang ditunggangi dua beradik yang dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun berhampiran stesen minyak di Kuala Kedah. FOTO Ihsan PDRM




Alor Setar: Wanita maut selepas motosikal ditunggang bersama kakaknya dilanggar kereta yang dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun, semalam.

Dalam kejadian di Jalan Kuala Kedah berhampiran stesen minyak di sini, Nur Syafiqah Abdullah, 32, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kakaknya, Nooraliza, 43, cedera.

Difahamkan dua beradik itu peniaga yang beralamat di Kampung Ulu, Kuala Kedah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya dimaklum kemalangan itu pada 7.05 malam dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta yang dari arah bertentangan mangsa hilang kawalan, terbabas dan memasuki laluan mangsa sebelum merempuh motosikal mereka.

"Berikutan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng cedera di badan. Ketika kejadian, cuaca hujan dan jalan basah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, pemandu remaja itu hanya luka di hidung dan pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai lesen selain tidak bersekolah.

"Kereta itu pula dipercayai milik rakan ibu remaja itu. Saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan kerana membenarkan remaja bawah umur memandu," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Oktober 23, 2023 @ 9:01am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048238 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list