CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6369|Reply: 0

[Perlis] Rakyat perlu sentiasa sedia depani cabaran global - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 22-10-2023 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat perlu sentiasa sedia depani cabaran global - Raja Muda Perlis


Oleh Aizat Sharif - Oktober 22, 2023 @ 8:45pm bhnews@bh.com.my




Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mendengar sembahmaklum oleh Datuk Eldeen Husaini mengenai sebuah projek perumahan ketika berangkat ke Majlis Santapan Malam ‘Liqa Mawaddah’ di Dewan Besar, Rumah Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh.




KANGAR: Rakyat perlu sentiasa bersedia mendepani cabaran global dan mengekalkan hubungan baik bukan sahaja negara di rantau ini tetap negara lain yang menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan dunia.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah supaya rakyat Malaysia terutama yang berada di Kemboja dapat terus memainkan peranan positif dalam memacu pembangunan negara di masa hadapan.

Baginda bertitah, sebagai warga Malaysia yang mengecapi kemodenan dan kemudahan asas lebih awal berbanding penduduk di Kemboja, usaha yang mulia dan terpuji adalah aset dan akan sentiasa menjadi kebanggaan negara.

"Selain mengejar matlamat hidup dan mencapai aspirasi negara, beta ingin menyarankan kita semua sentiasa memberi penekanan yang lebih kepada aspek kesihatan fizikal dan mental yang memberikan impak pada diri dan seluruh sistem kehidupan.

"Jika perkara ini dititikberatkan, Insya-Allah, kita akan menjadi cerdas dan cergas serta lebih berdaya saing," titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat beramah mesra dengan warga Malaysia di Kemboja dalam satu Majlis Santapan Malam 'Liqa Mawaddah' yang berlangsung di Dewan Besar, Rumah Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh semalam.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda disambut Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim dan isteri, Datin Masdiana Mohamad.

Baginda yang mengetuai delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan juga Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia ke Phnom Penh turut bertemu sebahagian kecil daripada 6,000 rakyat negara ini di negara itu.

Pertemuan itu adalah untuk membuka wadah dalam lebih memahami peranan dan sumbangan diaspora Malaysia di bumi Kemboja selain saling mengenali antara satu sama lain.

Tetamu yang hadir juga dijemput melancong ke Perlis bagi memeriahkan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Eldeen dan seluruh warga kerja Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh atas layanan yang baik dipersembahkan sepanjang lawatan berlangsung.

Program diakhiri dengan slot Bicara Hikmah dan sesi interaksi perkongsian yang disampaikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.161368 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list