CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5279|Reply: 0

[Kedah] Aplikasi idamanXchange, Drive Thru Recycle Centre dapat sambutan

[Copy link]
Post time 22-10-2023 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Aplikasi idamanXchange, Drive Thru Recycle Centre dapat sambutan

oleh ROSLINDA HASHIM
22 Oktober 2023   05:36pm






Zaki (kiri) meninjau barangan kitar semula yang dibawa kumpulan Beta Gamma sebanyak 60 kilogram sebagai syarat menyertai pertandingan.



ALOR SETAR - Aplikasi idamanXchange dan Drive Thru Recycle Centre (DTRC) yang dibangunkan EIdaman Sdn Bhd (E-Idaman) mendapat sambutan menggalakkan oleh penduduk setempat sejak ia dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Zaki Abdul Aziz Daud berkata, kedua-dua aplikasi berkenaan diterima baik masyarakat hasil daripada peranan media yang mempromosikan aktiviti syarikat itu yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Kedah dan Perlis.



Menurutnya, kerjasama erat antara media dan E-Idaman wajar diperluaskan dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat.

“Peranan media bukan sahaja mempromosikan aktiviti E-Idaman di Kedah dan Perlis, malah di seluruh negara.



"Setinggi penghargaan kepada kerjasama diberikan oleh media kepada E-Idaman selama ini.

“Bukan sahaja media konvensional seperti akhbar, radio dan televisyen, maklumat kini mudah diperolehi secara atas talian dengan adanya media konvensional yang menerapkan pendekatan menerusi portal online, selain platform media sosial dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat,” katanya.


Menurutnya, media sentiasa memainkan peranan dalam membantu mempromosikan inisiatif mahupun program yang dilaksanakan oleh E-Idaman.






Kumpulan KMEK A berjaya memenangi tempat pertama dalam program ‘Recycling Hunt bersama media Kedah dan Perlis’.




Terdahulu, Zaki ditemui pada majlis pelepasan program ‘Recycling Hunt bersama media Kedah dan Perlis’ anjuran E-Idaman dengan kerjasama Olive House.


Hadir sama, Pengarah SWCorp Kedah, Nordin Amat; Ketua Pegawai Perhubungan Korporat Aafiyat Group, Mohd Ayob Mohamud Muhsin serta Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Adie Suri Zulkifli.

Program yang bermula dari Drive Thru Recycle Centre (DTRC) Peremba, Alor Setar dan berakhir di Kampung Seberang Ramai, Perlis disertai 90 peserta terdiri daripada wakil-wakil media Kedah dan Perlis, warga kerja E-Idaman dan Olive House serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Zaki memberitahu, acara yang julung kali diadakan ini dibahagikan kepada 18 kumpulan dan melalui beberapa ‘checkpoints’ untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan.

“Program ini bukan sahaja sebagai platform mengeratkan hubungan antara media kedua-dua negeri bersama E-Idaman dan SWCorp, pada masa sama mempromosi aplikasi berkaitan kitar semula.

“Pada program tersebut, sebanyak 1,300 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpulkan yang dibawa peserta sebagai syarat pertandingan,” ujarnya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057644 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list