CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1347|Reply: 2

Iqbal Zulkefli Tak Putus Asa Jadi Nak Jadi Penyanyi, Guru Vokal Puji Suara Ada Karakter

[Copy link]
Post time 22-10-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Usahawan Iqbal Zulkefli sedar dia tidak dilahirkan dengan suara yang lunak namun tidak akan berputus asa dan akan terus belajar.

Pemilik nama sebenar, Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, berkata, untukmenjadi seorang penyanyi, dia perlu belajar vokal secara konsisten selama lima tahun.






"Kalau saya betul-betul mahu menyanyi, saya perlu konsisten belajar selama lima tahun.


"Itu pun bukan menjadi penyanyi profesional. Saya sedar diri tapi saya suka belajar," katanya.


Iqbal berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Ahad.


Iqbal turut mengulang siar video rakaman sesi latihan bersama guru vokal Cikgu Shafi ketika menyertai program realiti Big Stage tahun lalu.


Dalam pada itu, Iqbal berkata, tidak semua penyanyi yang pernah merakamkan album mampu memberikan persembahan terbaik ketika muncul dalam program siaran langsung.


  



Kata Iqbal, seorang penyanyi yang berani menampilkan diri di atas pentas jauh lebih baik berbanding hanya membuat rakaman di dalam studio.


“Sebenarnya berapa peratus sahaja penyanyi rakaman berani menyanyi di atas pentas.


“Penyanyi pentas itu bakatnya jauh berbeza dengan penyanyi rakaman,” ujarnya.


Sementara itu, Iqbal berkata, kesemua guru vokal yang pernah ditemuinya memuji vokalnya sebagai mempunyai karakter tersendiri.


Meskipun tidak mempercayai akan perkara itu namun dia tidak menolak pujian diberikan mengenai kredibilitinya sebagai penyanyi.


“Kesemua guru vokal yang saya jumpa dalam sepuluh orang, semuanya beritahu saya boleh menyanyi.


"Saya pun semacam tidak percaya tetapi mereka semua profesional lebih tahu menilai kan? Semua guru vokal berkata suara saya ada katekter atau ciri khas," katanya.


  



Jelasnya, ia termasuk Cikgu Shafi yang memuji kelancarannya menyebut perkataan dalam nyanyian.


"Cuma beliau tegur, saya terlalu banyak berfikir sehingga tidak dapat fokus. Satu lagi, mata saya terlalu cepat tangkap berbanding telinga.


"Memang betul, waktu di pentas mata saya nampak keseluruhan ibarat bulu hidung pun saya boleh nampak," ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke baru je kau kata kau ada masalah mental? Ke pasal apa entah. Attention seeker betul kau ni. Kau pergi ngorat inspektor percubaan sana
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuma nak tau ko buat Business apaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050093 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list