CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2964|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kaut komisen hampir RM1juta sebulan promosi pelacur di Australia

[Copy link]
Post time 22-10-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Kaut komisen hampir RM1juta sebulan promosi pelacur di Australia


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



Kamarul Rizal menunjukkan laman web mempromosi aktiviti pelacuran menyasarkan pelanggan di Australia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya. FOTO AMINAH YUSOF




Balik Pulau: Polis menahan 11 individu dalam serbuan ke atas premis komersil di Bayan Baru, dekat sini Jumaat lalu yang dijadikan pusat panggilan sindiket menawarkan khidmat pelacur yang beroperasi di Australia.

Ketua Polis Daerah Barat. Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya melakukan risikan selama dua hari sebelum menyerbu premis yang terletak di tingkat tiga bangunan terbabit kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, modus operandi sindiket sebagai orang tengah menerusi pautan laman web berpangkalan di Australia bagi mempromosikan dan mengiklankan aktiviti pelacuran dengan menyasarkan pelanggan di negara terbabit.

"Pelanggan akan berhubung dengan sindiket ini melalui nombor talian menggunakan kad sim syarikat telekomunikasi dari negara itu dan kita mendapati terdapat 100 hingga 120 profil wanita yang menawarkan khidmat seks dipaparkan dalam laman web tersebut.

"Difahamkan, pelanggan akan membuat bayaran terus kepada pihak yang menawarkan perkhidmatan itu sebelum sindiket pelacur di sana akan membayar komisen kepada sindiket di sini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan enam wanita tempatan dengan dua daripada suspek iaitu lelaki 33 tahun dan wanita berumur 65 tahun mempunyai pertalian ibu dan anak.

Beliau berkata dua daripada suspek termasuk anak mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka dan Enakmen Hiburan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 33 tahun terbabit adalah dalang utama kegiatan berkenaan dan telah beberapa kali berkunjung ke Australia dengan kali terakhir dia dikesan melawat negara itu ialah pada Julai lalu.

"Siasatan turut mendapati premis yang dijadikan pejabat operasi kegiatan itu telah beroperasi sejak Disember 2021 dengan kumpulan terbabit berselindung di sebalik perniagaan teknologi maklumat (IT) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Mereka mendapat bayaran dalam nilai Dolar Australia sehingga mampu menjana pendapatan dianggarkan lebih kurang RM30,000 sehari atau boleh mencecah RM900,000 dalam tempoh sebulan," katanya.

Beliau berkata, pekerja yang dibahagikan kepada dua syif turut meraih pendapatan lumayan sekitar RM3,000 hingga RM8,000 sebulan memandangkan kegiatan itu beroperasi 24 jam sehari.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 11 unit monitor, 161 telefon bimbit, 17 tablet iPad, empat modem, 11 kerusi, lapan Unit Pemprosesan Pusat (CPU), sebuah laptop dan sebuah kereta Mercedes-Benz.

"Kesemua suspek direman enam hari bermula semalam hingga Khamis ini dengan kes disiasat di bawah Seksyen 372 (1) (e) Kanun Keseksaan kerana mempromosi dan mengiklan kegiatan pelacuran dan 372 (1) (f) kerana menjadi orang tengah membantu aktiviti persundalan.

"Ini pertama kali kita menumpaskan kegiatan pelacuran dalam talian seumpama ini dan kita percaya belum pernah menemui kegiatan sedemikian di negeri ini," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 22, 2023 @ 2:29pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21495 Replies : 71
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93500 Replies : 1263
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22673 Replies : 472
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9762 Replies : 92
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642
Kerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
maklukpenggodaKerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
Views : 31437 Replies : 58
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 15645 Replies : 2
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 88586 Replies : 227

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056437 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list