CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5066|Reply: 0

[Kedah] Berhenti belajar di universiti demi jaga ibu sakit kanser

[Copy link]
Post time 22-10-2023 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Berhenti belajar di universiti demi jaga ibu sakit kanser

oleh NURUL HIDAYAH HAMID
22 Oktober 2023   10:38am








Mohd Foad (kanan) ketika bertemu dengan Tan Kun di kafetaria Tradewinds UUM pada Sabtu.



ALOR SETAR - Demi menjaga ibunya yang menghidap kanser tahap tiga, seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil keputusan untuk berhenti belajar meskipun baharu sahaja bergelar mahasiswa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UUM, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, sebaik sahaja menerima permohonan daripada pelajar terbabit, pihaknya bergegas ke Taman Murai Jaya, Simpang Ampat di Pulau Pinang pada Sabtu untuk mengetahui perincian masalah dialami Tan Kun.



Menurutnya, pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) itu mengambil keputusan untuk berhenti pengajian dan pulang ke rumah demi menjaga ibu dan bapanya.

"Ibu Tan Kun perlu menjalani rawatan kanser tahap tiga manakala bapanya pula menghidapi penyakit polio dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat.



“Menyedari kesusahan dialami Tan Kun, Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan bersetuju untuk meletakkan pelajar itu di bawah Program Sulong 2.0," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau memaklumkan, UUM akan membiayai kos yuran pengajian Tan Kun sehingga pelajar itu tamat pengajian melalui Program Sulong 2.0.


Tambah Ahmad Martadha, Naib Canselor turut meminta HEP untuk membantu Tan Kun jika terdapat sebarang keperluan lain yang difikirkan sesuai.

Sementara itu, Dr Mohd Foad berkata, bapa pelajar itu, Tan Beng Kuang bersetuju supaya anaknya meneruskan pengajian sehingga menggengam ijazah.





Sehubungan itu, beliau memaklumkan, UUM akan sedaya mungkin membantu Tan Kun sehingga dia berjaya menamatkan pengajian.

"UUM menyedari masalah dihadapi ibu bapanya dalam menyara pengajian pelajar itu dan inilah sebabnya Tan Kun akan dibiayai UUM melalui Program Sulung 2.0 diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056125 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list