CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6332|Reply: 0

[Kedah] Langkawi kekal status Geopark Global 4 tahun lagi

[Copy link]
Post time 22-10-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi kekal status Geopark Global 4 tahun lagi


Oleh Hamzah Osman - Oktober 22, 2023 @ 10:23am bhnews@bh.com.my




Abdul Wahid (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ibrahim (tengah) pada Majlis Makan Malam sempena Kursus Serantau GGN Ke-6 2023 di Mercure Hotel Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Status Langkawi sebagai geopark global Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dilanjutkan selama empat tahun lagi apabila diberi penarafan kad hijau baru-baru ini.

Ia membanggakan kerana pulau pelancongan ini mengekal pengiktirafan peringkat dunia itu buat kali keempat berturut-turut termasuk tiga proses penilaian semula sebelum ini pada 2011, 2015 dan 2019.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Abdul Wahid Abu Salim berkata, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah dimaklumkan pengekalan status itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Geopark UNESCO pada 5 September lalu.

"Tahniah kepada Langkawi kerana berjaya mengekal status kad hijau dalam pengesahan semula baru-baru ini, sekali gus melanjutkan keahlian pulau itu dalam Rangkaian Geopark Global (GGN) sehingga 2027.

"Pulau itu telah diberi status geopark global pada 1 Jun 2007 dan muncul Geopark pertama di Asia Tenggara pada masa itu," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Kursus Serantau GGN Ke-6 2023 di Mercure Hotel Langkawi, malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Presiden GGN dan Penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo; Pegawai Pemasaran Kanan Biro Pengurusan Geopark Kepulauan Oki, Jepun, Yagoda Waloszyn dan Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Norzaini Azman.

Julai lalu, akhbar ini melaporkan dua pakar iaitu Dr Yuanyuan Zheng dari China dan Dr Yongmun Jeon (Korea) berkampung di pulau ini selama lima hari bagi menjalankan proses penilaian semula status Langkawi Geopark.

Pada majlis makan malam itu, Abdul Wahid turut menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga tokoh yang membantu membangunkan Langkawi Geopark.

Mereka termasuk bekas Pengurs Besar LADA yang juga Presiden Kawan-Kawan Geopark Langkawi, Datuk Kamarulzaman Andul Ghani; Ahli Paleontologi, Felo Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penasihat Geopark Lembah Kinta, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Shafeea Leman dan Dr Ibrahim.

Kursus serantau selama tiga hari bertujuan berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan dalam memperkasa pengurusan geopark itu disertai 83 peserta mewakli Indonesia, Thailand, Filipina dan tuan rumah, Malaysia.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-3-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052139 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list