CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15887|Reply: 0

[Sabah] Polis buka dua kertas siasatan berkenaan isu keagamaan

[Copy link]
Post time 21-10-2023 09:38 PM | Show all posts |Read mode


JAUTEH

KOTA KINABALU: Polis membuka dua kertas siasatan berkenaan isu keagamaan yang dilihat semakin kerap ditimbulkan dalam kalangan pengguna media sosial kini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu disebabkan alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, polis mengesan beberapa isu berkenaan agama yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita juga mengesan perkara itu ditularkan oleh individu yang tidak menganuti agama yang dinyatakan dan tidak memahami secara menyeluruh isu terbabit dan hanya bertindak menularkan perkara itu di media sosial.

“Oleh itu saya nasihatkan masyarakat serta warga Sabah agar tidak menimbulkan isu agama di laman media sosial masing-masing bagi menjaga keamanan serta keharmonian Sabah,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini.

Jauteh berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan mana-mana individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara sehingga lima tahun mengikut seksyen yang dinyatakan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.199571 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list