CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14831|Reply: 0

[Sabah] Tatasusila pelancong terletak pada tanggungjawab pengusaha pelancongan

[Copy link]
Post time 21-10-2023 09:37 PM | Show all posts |Read mode


TIDAK SENONOH: Salah satu gambar pelancong wanita yang menunjukkan beberapa bahagian badan di Jalan Gaya.

KOTA KINABALU: Polis menasihatkan pengusaha serta ejen pelancongan agar memberi taklimat terlebih dahulu kepada pelancong yang dibawa masuk ke negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata tindakan itu adalah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini termasuk perbuatan pelancong yang melanggar tatasusila yang diamalkan di Malaysia.

“Baru-baru ini kita terkesan dengan tindakan seorang wanita dipercayai pelancong luar berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan beberapa bahagian badan serta berpakaian separuh bogel di tempat awam di sini.

“Oleh itu saya nasihatkan ejen serta pengusaha pelancongan agar memberikan taklimat kepada pelancong berkenaan beberapa tatasusila yang diamalkan di negara kita termasuk perihal pemakaian.

“Taklimat itu juga merangkumi pematuhan budaya dan penerangan berkenaan cara berpakaian yang kurang sesuai dipakai apabila mengunjungi negara kita,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini.

Jauteh berkata pelancong luar yang didapati melakukan perbuatan ini boleh disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Dalam pada itu, sekiranya berlaku kejadian seumpama, kita juga akan menahan ejen atau pengusaha pelancongan yang membawa pelancong itu masuk ke sini.

“Tanggungjawab ini juga terletak pada pengusaha pelancongan itu dan pihak polis akan melaksanakan rakaman percakapan bagi memastikan sama ada pengusaha pelancongan ini mematuhi saranan yang diberikan pihak polis atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah dalam satu kenyataan berkata siasatan akan dijalankan terhadap dua gambar wanita yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam iaitu di sekitar Jalan Gaya.

Dua gambar pertama di malam hari memaparkan seorang wanita menunjukkan perbuatan menunjukkan payudara serta punggungnya.

Dua lagi gambar di siang hari yang lain pula memaparkan seorang wanita hanya berpakaian dalam di kawasan terbuka.

Zaidi berkata kes juga akan dirujuk mengikut eksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau juga memohon kerjasama orang ramai yang mengenali individu terbabit untuk menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436.

"Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054967 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list