CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7358|Reply: 0

[Sabah] USIA anjur himpunan kemanusiaan Palestin pada 28 Oktober depan

[Copy link]
Post time 21-10-2023 09:20 PM | Show all posts |Read mode


MESYUARAT: Sapawi (tengah) bergambar bersama jawatankuasa penganjur Himpunan Kemanusian.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan menganjurkan Himpunan Kemanusiaan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang diserang oleh tentera rejim Israel.

Yang Di-Pertua USIA, Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata, himpunan itu juga diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, terutama generasi muda tentang pentingnya isu Palestin dan hak kemanusiaan untuk hidup secara aman damai.

Katanya, tiada sesiapa pun yang dibenarkan bertindak membuta tuli melangkaui batas kemanusiaan dan undang-undang seperti tindakan serangan rejim Zionis yang mengorbankan ribuan nyawa orang awam.

“Justeru, USIA menggerakkan himpunan yang dijangka diadakan pada 28 Oktober depan, di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini.

“Ia turut mendapat kerjasama daripada MUIS, JPN, YADIM, ABIM, WADAH, Aman Palestin, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Himpunan Kemanusiaan Untuk Palastine di Bilik Mabul, Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, himpunan itu dijangka akan dihadiri lebih 1,000 orang terdiri pelbagai masyarakat di Sabah yang prihatin dengan derita dan perjuangan berterusan rakyat Palestin melawan rejim Zionis.

“Saya mengalu-alukan orang ramai supaya hadir dalam himpunan ini nanti sebagai tanda sokongan dan penghormatan terhadap isu kemanusiaan global,” katanya.

Terdahulu, pada himpunan itu, turut diadakan pameran pelbagai peristiwa isu konflik Palestin-Israel, deklamasi puisi, persembahan nasyid dan lagu puisi untuk palestin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061879 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list