CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2442|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki ugut tukang masak dengan parang ditahan polis

[Copy link]
Post time 21-10-2023 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki ugut tukang masak dengan parang ditahan polis


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 21, 2023 @ 7:03pm bhnews@bh.com.my







BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek ketika mengugut seorang tukang masak di sebuah restoran makanan di Taman Kota Permai, di sini, semalam.

Suspek warga tempatan berusia lingkungan 40-an itu ditahan di rumahnya, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata polis menerima laporan dibuat tukang masak itu yang memaklumkan dirinya didatangi suspek di restoran tempatnya bekerja.

"Dalam kejadian jam 7.55 pagi, mangsa yang juga warga tempatan memberitahu dia sedang memasak sebelum tiba-tiba datang suspek yang dikenalinya bertindak membaling kerusi serta mengeluarkan parang panjang dan mengacukan kepadanya.

"Tukang masak itu kemudian melarikan diri ke bahagian dapur dan pergaduhan dileraikan pelanggan yang berada di dalam kedai berkenaan. Mangsa tidak cedera," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Cheng San berkata, susulan itu polis membuat penahanan ke atas suspek dan merampas parang yang digunakan ketika kejadian untuk siasatan lanjut.

"Punca kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.199890 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list