CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6501|Reply: 0

[Perak] 2 penyokong bola sepak ditahan bawa pisau di Stadium Perak

[Copy link]
Post time 21-10-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Polis menahan dua penonton perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan itu membabitkan kesalahan membawa barang larangan iaitu pisau, selain kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

"Mereka ditahan kerana membawa barang larangan iaitu pisau dan menghalang tugas penjawat awam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perlawanan antara JDT dan Perak FC malam tadi yang berkesudahan 4-1 bagaimanapun berjalan lancar serta tidak dicemari insiden luar jangka susulan kawalan ketat polis.

Ratusan anggota dan pegawai polis yang difahamkan sekitar 300 pegawai dan anggota termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan bagi mengawal ketat keadaan di stadium itu.

Berlaku kekecohan selepas permainan tamat apabila penyokong tuan rumah membakar kain putih yang dilukis dengan logo menjadi seakan bendera Israel namun keadaan itu terkawal.

Selain itu Palestin turut kelihatan dibawa oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Mohd Yusri bagaimanapun menafikan penahanan dua lelaki itu berkaitan dengan insiden membakar logo Israel terbabit.



PASUKAN keselamatan yang bertugas ketika Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia  antara JDT dan Perak FC di Stadium Perak. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... au-di-stadium-perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.385471 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list