CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3218|Reply: 5

Bocey Bakal Terkubur Lepas Abam Meninggal?

[Copy link]
Post time 20-10-2023 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Selepas kematian Abam tiga tahun lalu, Kumpulan Bocey mengakui tawaran daripada stesen TV semakin berkurangan.


Achey, 37, berkata, mereka semakin jarang muncul di program televisyen disebabkan tiada tawaran daripada pihak stesen TV.




Foto: IG




"Saya tak nak fikir apa-apa yang negatif tapi saya mengandaikan situasi ini berlaku disebabkan stesen TV anggap Bocey sudah tidak lengkap selepas Abam tiada.


"Mudah kata, semenjak Abam meninggal dunia, saya dan Fad kurang mendapat panggilan atau tawaran yang besar untuk karier kami khususnya di televisyen.


"endapat saya, mungkin pada pandangan pihak produksi di luar sana merasakan Bocey itu sendiri tidak lengkap tanpa tiga ahli asal," katanya.


Achey dan Fad yang sering meraih kejayaan menerusi Bocey semasa Abam masih ada berkata, ini hanya pandangan peribadinya dan dia sering berbincang dengan Fad berkenaan perkara ini.


"Apa-apa pun yang berlaku sekarang ini, kita hadap saja dan teruskan bawa nama Bocey. Kalau nak cari pengganti nanti dah tak jadi Bocey dah.


"Walaupun berdua, kita jalan sajalah. Sama ada kuat atau tidak, kita kena cuba sebaik mungkin. Kami optimis nak kekalkan jenama Bocey.


"ada saya ia bukanlah satu hukuman tapi lebih kepada ujian buat Bocey. Ujian untuk kami sama ada kuat atau tidak untuk meneruskan karier kami. Atau adakah kami nak terus biarkan ia terkubur?," katanya.


Menurutnya, mereka pernah melalui jerih perih dari dulu lagi untuk menaikkan nama Bocey, jadi ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk mereka mempertahankan nama Bocey sampai bila-bila.


Dalam perkembangan berkaitan, Achey serta ramai selebriti lain antaranya Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad dan Tajul akan terbabit dalam program Event Legacy Raider 2.0 yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Oktober ini di KL Base, di sini.


Event Legacy Rider 2.0 adalah program yang menghimpunkan belia yang terbabit dengan sukan permotoran dalam sebuah program santai dan turut menampilkan selebriti tempatan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!
Lagi!

Sila benamkan benang si duda terpaling lembam dan si janda terpaling teraniaya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dorg pon dah kaya kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aq kalau kumpulan bocey memang aq ingat kat abam jee. xtau laa kenapa yang dua lagi tu macam tenggelam sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Seri tu dah takda sejak abam takda.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Diaorang ni memang tak pernah jenguk anak aruah abam ke..
Awal2 dulu siap cakap hamzah anak daddy n ayah sampai bila2..tapi awal2 dulu je lah,skrg sekeping gambar hamzah pon takde
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.505870 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list