CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7165|Reply: 93

Suri Rumah Empat Anak Alami Burnout, "Tak Ingat Bila Last Makan Dengan Tenang Dan Kenyang"

  [Copy link]
Post time 20-10-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu dikenali sebagai Nurul Ika Ibrahim mengakui mengalami burnout akibat menjadi suri rumah.


"Tak ingat bila last makan dengan tenang dan kenyang. Time ambil gambar ni pun Sara menangis, sebab dia nampak pinggan makanan ni. Sara memang pantang nampak makanan dan kalau makan dengan dia, jenuh nak layan peel dia.


"Tak kena gaya, terbalik pinggan dia kerjakan. Bukan tak cuba nak enjoy makan dengan anak... layan je. Seharian duduk rumah, buat apa pun memang kena bersama anak, apabila nak kenyangkan perut pun kena layan peel anak, boleh stres mak.




Gambar Hiasan




"Masa tu nak makan pun rasa serabut tau, makan laju-laju. Kadang-kadang tak habis pun makan sebab selera tu hilang apabila ketenangan tu tak ada," luah ibu kepada empat orang anak itu di Facebook.


Tambah wanita itu, disebabkan kekangan antara melakukan kerja rumah dengan melayani anak-anak, dia akur apabila sedikit sebanyak perkara tersebut menjejaskan selera makan.


"Berbulan-bulan dah tiada selera makan, makan apa pun tak pernah habis... apatah lagi nak menambah.


"Macam manalah anak nak besar, minum susu emaknya pun tak cukup zat. Tadi makan nasi ni pun tak habis," kongsinya lagi.


Bagaimanapun ujar wanita ini, dia dan suami sentiasa bertolak ansur apabila menguruskan hal rumah serta anak-anak.







Salah satu caranya adalah dengan melakukan aktiviti untuk menenangkan fikiran dan berehat seketika atau healing.


Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya khususnya kaum ibu apabila sehingga kini meraih lebih 500 shares di Facebook.


Di ruangan komen pula, majoriti kaum ibu turut sama berkongsi kisah masing-masing, malah mereka saling memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain.


"Time yang betul-betul boleh menikmati makanan atau masa untuk diri sendiri, time tengah-tengah malam bila semua dah tidur.


"Faham sangat perasaan itu. Saya kadang bawa makanan masuk bilik sebab nak menikmati sebuah ketenangan. Kunci pintu, makanlah tanpa gangguan.


"Selalunya makan sekadar menelan... tak sempat enjoy rasa ke apa. Hahaha. Kadang-kadang tu tak jadi makan. Begitulah keadaannya kan. Tapi itu lah, cakap lebih-lebih orang kata tak bersyukur. Kita nak bercerita nak meluah je," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ur own choice khuen???
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 11:18 AM | Show all posts
pastu, sapa suh branak byk2 kalau dah lakinya menolong, knp burnout

tak iklas ke...

nk senang, buagn je anak tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 11:30 AM | Show all posts
Kau tak reti suruh anak kau nap ke ?  Ni mesti anak2 pun tengah malam pun tak tidur lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Bergosip at 20-10-2023 11:38 AM

kepada yang dah berkahwin, buat lah "me time"

iols tiru ni dari cara parents iols, caranya:


sabtu hari me time isteri, ahad pulak hari me time suami (setiap 2 minggu)

pada hari me time, boleh pilih sama ada nak stay dekat rumah atau keluar. kalau isteri nak stay dekat rumah, suami dan anak2 kena keluar. either jogging,
jalan2 dekat mall, camping. kerja2 rumah semua suami buat. bila hari me time husband, isteri pulak kena buat benda yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 11:37 AM | Show all posts
Intention ko sebenarnya nak cerita psl masakan ko kan? Termasuk nak attention?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2023 11:38 AM | Show all posts
Edited by aciksenah at 20-10-2023 03:05 PM

Dah biasa dengan kehidupan relax 24 jam. Sebab tu bila dah ada anak ramai mula la burn out. Mcm orang terdekat dengan Iols la. Duduk rumah mertua. Time makan je keluar. Bukannya nak tolong masak ke basuh pinggan ke, kemas rumah ke. Duduk je dalam bilik.
Bila ada anak sorang, time subuh..anak dia pass kat mertua dia. Lps tu dia n suami sambung tidur. Makan minum anak mana dia nak hirau. Seronok kehidupan dia.
Bila dah masuk anak dua. Mula la acah2 burn out. Nk baling anak la apa la. Poodacittt. Ye la..dah tak boleh nak layan netflix dalam bilik kan? Dah tak boleh nak relax2 sudah kan?


Takkan nak pass dua2 anak kat mertua pulak ye tak??

Tapi tak dinafikan la..surirumah ni kena ada me time dia jugak. Untuk tenangkan diri. Sebab surirumah ni kerja dia non stop tanpa henti. Benda sama je buat tiap2 hari. Kalau start hantar ambik anak sekolah, dengan nak masak lagi..memang penat. Lagi nak kena kemas rumah kan. Bertabah la semua surirumah yang kuat.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 11:41 AM | Show all posts
mmg dah sedia tau ada anak tu mmg penat.. letih..
pastu merempat di sosmed utk semua baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 12:18 PM | Show all posts
dik, nak makan dengan tenang, makan jelah. anak ko menangis ke, tergolek gelantang ke, biarkan dia. lagi lama ko tak pedulikan dia, lagi dia tantrum..biarkan je dia. lelama bila dia penat, dia akan berhenti sendiri. silap2 terlelap sekali. me kalau nak makan, me makan je. kalau bebudak ni tak dengar cakap, me tidur je. nak bergaduh, bergusti, bertumbuk..lantak la korang. tapi me bagi warning, siapa melalak dulu, ibu kasi sedas juga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:37 PM | Show all posts


Jangan beranak ramai dan jarak umur tak boleh dekat2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pukul je bdk tu jgn bnyk lemak sgt. Bdk yg bnyk kerenah ni akan bg masalah pd masyarakat kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu i ada anak kecik 4 orang umur selang 2 tahun. Aktif sangat. Sangat penat ok. Kadang2 4 4 sakit lagi teruk.

I x kerja sebab i tau kalau ada maid mesti maid boleh hilang sabar dan pukul anak2 i.
Pernah ada maid and she cubit2 anak bungsu i 1 tahun. Nasib anak lain nampak.. i terus suruh maid tu berhenti.

I ambik anak i dari sekolah kinder dan sekolah rendah. I bawa picnic mat dan makanan yang i beli di kedai dan air beberapa botol.

I bawa derang ke padang permainan dan duduk kat playground seat. Wipe muka dan basuh tangan derang. Lepas makan rehat kejap... then i bagi diorang main sampai letih.

Sampai rumah diorang mandi termasuk i then we all take a nap. Bangun pi park lagi.

Husband i balik bawa makanan mil maid i tolong masak. M
Makan buat homework dan tidur. Tapi diorang sangat aktif dan cuma tidur after 12am.

I tell you memang i separa gila jaga anak2 i waktu diorang bawah 12 tahun. After that baru i balik kerja dan jadi manusia balik. Lol

Nasib anak2 i turn up fine, sekarang satu rumah pon jarang rumah. Masing2 sibuk. Love them...sekarang kanmain caring dan loving.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:43 PM | Show all posts
kawen itu satu pilihan
beranak itu 1 pilihan

so????
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 12:47 PM | Show all posts
alahai...
kau bukan beranak sekaligus dapat 4..
lainla si watie bini soeb tu kawin2 terus dapat anak 4..

ini tidak.. kau kawin.. koman2 enjoy life berdua 9 bln..
then dapat anak sorang..
kau handle sorang.. blaja jadi a mother of one..
then dapat sorang lagi..  dah terer jadi mother of one.. belajar jadi mother of two..
bukan tetiba bangun pagi jadi ibu 4 anak..
so ada masa utk belajar adapt.

burn out? orang lom kawin pon bole burnt out ok.
jangan nak acah2 sebab anak2 sangat..
kenala pandai handle..
kita ni mak2.. kita yg ajar anak..
dari kecik ajar anak jadual..
bangun pagi.. tido kejap .. ptg ke.. tghari ke..
yg besar sikit bole dah biar main sendiri dengan confined environment.

masa tu.. kau nk makan ke.. kau nk tido ke.. bole je..
jangan nak jadi perfect mom sangat sampai biskut baby pon nak buat sendiri..
memang pengsan la

untuk keluarga bahagia.. diri sendiri kena bahagia dulu.
u cannot give happiness to others if u don't have one.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:08 PM | Show all posts
ada orang paksa beranak sampai 4 ke?
sendiri pilih mem*ki beranak tak henti hadap je la..

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts

aku suka je kalo kerja satu group dgn ibu2..
sbb kerja semua beres ari tu jugek.
balik rumah dia org nk fokus pd family plak
moga semua nya bertabah ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku awal kawin plan 6....dah sorang anak...aku plan 4....dah dpt 2...itu je la...yup derang kecik2 mmg la terasa makan mcm tak turun nasi tu...sbb even time abang 6 thn..adik 2 thn...akal memasing...fuhh...time tido je aman jap...time ni takleh expect rumah berkemas la...confirm jln asyik teepicah maianan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
anak aku pun selang2 jauh..tapi bila dah tua ni rasa nyesal lak..2nd n 3rd jarak 6 thn...ptt 3 thn pun ok dah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh ko kawen dan beranak? Ms decide nk kawen dulu ada org letak pistol kt kepala kau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Topik macam ni mmg sentiasa mendapat tempat di hati makcik2 fb. Lagi2 yg surirumah. Sambil angkat diri konon dia terpaling mithali sambil mengeji pompuan yg bekerja. Pastu keji pulak andartur.
Sendiri kawin sendiri beranak ramai2, pastu stress cari attention di socmed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.075417 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list