CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 705|Reply: 0

[Sabah] Kadar cukai pintu Sandakan perlu disemak semula

[Copy link]
Post time 19-10-2023 08:31 PM | Show all posts |Read mode


MEMORANDUM: Joachim (tengah) menerima memorandum rayuan/bantahan daripada wakil persatuan yang hadir pada majlis itu.

SANDAKAN: Kadar cukai pintu Sandakan yang berusia hampir 30 tahun perlu disemak semula supaya selaras dengan keperluan semasa penduduk daerah ini dari segi pembangunan dan perkhidmatan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, kali terakhir kadar cukai pintu daerah ini disemak semula pada 1994.

Sehubungan itu katanya, sudah tiba masanya untuk kadar cukai berkenaan disemak semula.

"Kalau tidak disemak semula atau dinaikkan kadar cukai pintu ini, Sandakan tidak akan maju. Sekiranya kita mahu perkhidmatan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dipertingkatkan maka kita perlukan kewangan.

“Pendapatan diperoleh daripada kutipan cukai pintu ini juga akan digunakan untuk membiayai pembangunan di Sandakan,” katanya pada Majlis Rayuan Penangguhan dan Kaji Semula Pelaksanaan Kutipan Kenaikan Cukai Pintu 2024 Daerah Sandakan di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan dengan kerjasama Parti Bersatu Bersatu (PBS) Karamunting yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya David Fong.

Pada majlis itu, Joachim turut menerima memorandum rayuan/ bantahan daripada persatuan-persatuan berkenaan.

Pada Rabu lepas, beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden MPS Henry Idol yang memaklumkan status perkembangan Kadar Cukai Pintu Sandakan.

Semasa perjumpaan itu, Henry menyerahkan memorandum bantahan daripada Persatuan Peniaga Tionghua Sandakan dan parti pembangkang untuk dipertimbangkan semasa menentukan kadar cukai MPS yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Selain itu, Henry memaklumkan ketika ini semua bantahan yang diterima dalam tempoh bantahan akan didengar dalam Tribunal Rayuan Cukai, sebelum dibincang dalam Jawatankuasa Kewangan dan dinyatakan dalam Mesyuarat Penuh Majlis.

Selepas proses berkenaan selesai, ia seterusnya akan dikemukakan kepada KKTP untuk keputusan akhir.

Joachim berkata, surat-surat rayuan itu akan diambil kira oleh pihak kementerian.

“Setakat ini, rayuan ini masih di peringkat MPS. Kita tunggu sehingga pihak tribunal selesai menerima dan menilai semua bantahan serta semua proses seterusnya telah dipenuhi,” katanya.

Sesi dialog yang diadakan itu turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap KKTP Datuk Dr. Jamili Nais.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.272564 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list