CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 680|Reply: 0

[Perlis] 'Penyondol' punca ramai bercerai di Perlis?

[Copy link]
Post time 19-10-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode

YUSRAN Shah (tengah) menyampaikan surat tauliah kepada 18 penolong pendaftar perkahwinan orang Islam yang dilantik semasa program Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2023 di Kelab Golf Putra, Kangar. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Kehadiran 'orang ketiga' dalam rumah tangga, suami tidak romantik dan isteri meluahkan permasalahan rumah tangga di media sosial antara faktor moden membawa kepada penceraian di Perlis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Muhammad Hafeez Abu Seman berkata, purata sekitar 1,000 fail kes baru penceraian dibuka JAIPs setiap tahun.

"Peningkatan ini memang berlaku setiap tahun dan bukan sahaja di Perlis tetapi di negeri lain juga. Kita buka fail penceraian baru secara purata sebanyak 1,000 kes setahun.

"Ia akan dimulakan dengan runding cara terlebih dahulu antara suami dan isteri dan jika tidak boleh juga, baharulah penceraian itu dijadikan sebagai penyelesaian.

"Jika dahulu, kita lihat penceraian di Perlis ini banyak dipengaruhi faktor tradisi seperti suami tidak beri nafkah atau suami terbabit dalam gejala penagihan ketum atau najis dadah. "Namun mutakhir ini punca penceraian dan permasalahannya agak kompleks termasuk kehadiran 'orang ketiga' dalam rumahtangga.

"Selain itu faktor suami tidak romantik dan isteri luah masalah di media sosial juga akhirnya menyebabkan institusi kekeluargaan yang dibina itu akhirnya runtuh yang meningkatkan lagi kepada masalah penceraian di Perlis," katanya selepas Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2023 dengan tema 'Orang Ketiga' di Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat, di sini, tadi.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Katanya, dalam mengatasi masalah ini seharusnya suami dan isteri mengetahui tanggungjawab masing-masing kerana segala perbuatan dan perlakuan dalam rumah tangga ini akan disoal kelak di akhirat.

"Masalah rumah tangga tidak sewajarnya diceritakan kepada khalayak ramai terutama di platform media sosial kerana orang yang tidak tahu pun akhirnya boleh menjadi tahu masalah dialami.

"Di sebalik permasalahan penceraian, JAIPs turut melihat berlaku peningkatan antara 3,000 hingga 3,500 permohonan pernikahan di Perlis," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bercerai-di-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.198757 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list