CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 0

[Sabah] Kebanjiran parti politik di Sabah ibarat ‘Pesta’, kata Jaujan

[Copy link]
Post time 18-10-2023 09:36 PM | Show all posts |Read mode


HADIR: Jaujan dan Daud bersama ketua-ketua cawangan yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

SEMPORNA: Naib Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Jaujan Sambakong menyifatkan kebanjiran parti politik di Sabah ibarat ‘Pesta’ sehingga kestabilan politik di negeri ini terjejas.

Katanya, Sabah antara negeri yang paling banyak menubuhkan parti politik dan dilihat tidak memberikan sebarang kebaikan kepada rakyat.

“Sekiranya parti yang ditubuhkan itu tiada hala tuju untuk membangunkan Sabah, sudah pasti ia hanya seperti Pesta sahaja kerana motifnya mahu bertanding dalam Pilihan Raya sahaja.

“Kita bukan mahu merendahkan sesiapa ataupun menidakkan demokrasi, tetapi sesebuah parti yang ditubuhkan perlu mempunyai hala tuju serta pemimpin berkaliber,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan berkata demikian ketika hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Parti WARISAN Bahagian Semporna, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Sabah mempunyai banyak sumber alam semula jadi dan galian yang mampu menghasilkan pendapatan negara.

Namun, katanya, Sabah juga antara negeri yang paling miskin di Malaysia kerana keadaan ekonomi dan infrastruktur masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung.

“Salah satu faktor ini berlaku kerana sejak dari dahulu pemimpin kita banyak berpolitik dan berlumba-lumba menubuhkan parti walaupun pemimpinnya tidak berkaliber.

“Justeru, saya berharap rakyat di negeri ini perlu menyokong parti politik yang betul-betul mempunyai hala tuju dan pemimpinnya boleh membangunkan Sabah kearah yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Jaujan berkata, Parti WARISAN Semporna ketika ini berada dalam keadaan yang baik dan terus mendapat sokongan pengundi di sini.

Katanya, Parti WARISAN di Semporna sudah hampir mencecah 600 cawangan dan antara yang terbanyak setakat ini.

“Semua ketua cawangan dan ahli di Semporna menyokong parti WARISAN tanpa mengharapkan habuan kerana mereka sedar parti ini sahaja yang boleh membela nasib rakyat di daerah dan negeri ini.

“Semua ketua cawangan yang hadir hari ini tidak diberikan sebarang habuan kerana mereka ikhlas dengan perjuangan parti WARISAN,” katanya.

Turut hadir, ADUN Bongawan merangkap Naib Presiden Parti WARISAN, Dr. Daud Yusuf dan ADUN Sekong, Alias Sani.


https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20231018/twu-ub181023-hs-jaujanp1.jpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049523 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list