CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1622|Reply: 0

[Kedah] Cari kaedah terbaik, bantu rakyat Palestin - Sultan Kedah

[Copy link]
Post time 18-10-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah ketika menyerahkan cenderamata kepada wakil-wakil negara yang hadir pada Persidangan Antarabangsa Ke-12 Forum Zakat dan Wakaf 2023. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru badan pengurusan zakat seluruh dunia bekerjasama dalam mencari kaedah terbaik dan efisien dalam meringankan penderitaan rakyat Palestin yang tidak berkesudahan.

Baginda bertitah, isu Palestin memerlukan solidariti, belas kasihan dan perkongsian sumber di peringkat global.

"Dalam hal ini institusi zakat dan wakaf perlu terus membantu mereka yang memerlukan bukan saja di Palestin, tetapi di seluruh dunia.

"Beta mengambil peluang ini untuk menzahirkan rasa simpati kepada rakyat Palestin, yang berhadapan kesengsaraan berterusan selama beberapa generasi dalam menuntut keadilan," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Ke-12 Forum Zakat dan Wakaf 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Justeru, Sultan Sallehuddin berharap persidangan yang menghimpunkan cendekiawan zakat dan wakaf itu dapat mencetuskan idea dan resolusi yang inovatif untuk membantu mengakhiri kesukaran hidup golongan yang memerlukan.

Titah baginda, ini termasuk menyentuh isu keterjaminan makanan yang menjadi permasalahan di peringkat global.

Mengambil contoh, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang dinaungi baginda telah memperkenalkan Skim Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (Smart SBBA) bagi mendepani cabaran keterjaminan makanan.

"Inisiatif ini fokus kepada penyediaan rantaian penghasilan beras, yang memanfaatkan golongan asnaf. Usaha ini selari dengan tugas dan komitmen yang perlu dimainkan insitusi zakat bagi menyediakan peluang asnaf membina pendapatan," titah baginda.

Bertemakan "Feeding the World, Zakat and Wakaf for Sustainable Global Food Security", baginda mahu persidangan itu menjadi platform perbincangan amalan baik institusi zakat dan pembentukan perkongsian ilmiah.

"Beta mahu agar usaha kita dapat diterjemahkan menjadi tindakan yang nyata, untuk mengatasi cabaran-cabaran mendesak yang menanti di hadapan, dengan matlamat akhir untuk membasmi kelaparan dan kemiskinan," titah baginda.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lestin-sultan-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059864 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list