CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1824|Reply: 0

Pelumba wildcard GP Malaysia masih misteri

[Copy link]
Post time 18-10-2023 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Pelumba wildcard GP Malaysia masih misteri


SIC amat menyambut baik jika ada penambahan pelumba wildcard Malaysia menjelang saingan MotoGP pada GP Malaysia di Sepang, November depan.


LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) menyambut baik jika terdapat pelumba wildcard dalam kalangan pelumba Malaysia bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada Grand Prix (GP) Malaysia yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 12 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya ada mendengar spekulasi menyatakan terdapat pelumba wildcard akan mengambil bahagian pada GP Malaysia, namun tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.

Sebelum ini, SIC mengesahkan tidak menghantar pelumba wildcard seperti tradisi meman­dangkan Syarifuddin Azman sedang bersaing dalam kelas Moto3, selain empat pelumba negara bersaing dalam Asia Talent Cup (ATC).

“Kita ada dengar ura-ura wildcard pada GP Malaysia, tetapi kena tunggu pengumuman rasmi. Pastinya kita menyambut baik jika ada penambahan pelumba wildcard Malaysia. Lagi ramai pelumba Malaysia ber­saing di Sepang nanti lagi bagus.

“Setakat ini, saya tidak dapat sahkan berkenaan pelumba wildcard. Sebenarnya pengumuman itu boleh dibuat dalam tempoh 45 hari sebelum GP Malaysia,” katanya.

Tahun lalu, tiga pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayuddin, Azroy Hakeem Anuar dan Khairul Idham Pawi menyertai GP Malaysia atas tiket wildcard dalam kelas Moto2 bersama pasukan Petronas Mie Racing.

Shafriman menambah, pihaknya sedang menggiatkan promosi penjualan tiket selepas ketika ini hanya 70 peratus tiket telah dijual.

Justeru, pihaknya telah me­lakukan perbincangan dengan pemegang hak eksklusif televi­syen dan komersial MotoGP, Dorna untuk membantu SIC meningkatkan penjualan tiket GP Malaysia.

“Kita ada 30 peratus untuk pastikan penjualan tiket berjaya dijual. Kita juga ada berjumpa dengan Dorna untuk bantu menghebatkan promosi di luar negara untuk menyaksikan perlumbaan GP Malaysia,” ujarnya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ysia-masih-misteri/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050147 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list