CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2557|Reply: 0

Kurang bergantung pada Dolar AS

[Copy link]
Post time 18-10-2023 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Kurang bergantung pada Dolar AS


PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Vietnam dan Kemboja menunjukkan minat untuk berdagang dengan rakan Asean
menggunakan mata wang tempatan sebagai satu langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS).

"Malaysia merupakan negara Asean yang agresif mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dan setakat ini kita mendapat sambutan.

"Malah kita baru sahaja memeterai perjanjian di Sidang Kemuncak Asean tahun ini supaya negara-negara lain seperti Vietnam dan Kemboja ikut serta.

"Kedua-dua negara itu (Vietnam dan Kemboja) telah memberi perakuan melalui perjanjian Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) yang dimeterai baru-baru ini," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Jelasnya, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh juga telah mengarahkan rundingan penggunaan mata wang tempatan untuk urusan perdagangan dipercepatkan.

Vietnam merupakan rakan dagang ke-10 Malaysia.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai rancangan terkini berkenaan pendekatan pengurangan kebergantungan kepada dolar AS bagi menggalakkan perdagangan antara negara menggunakan mata wang ringgit dan sejauh manakah inisiatif ini disambut oleh negara-negara serantau.

Namun begitu, menurut Anwar beberapa negara pedagang utama negara seperti Singapura yang merupakan rakan dagang utama negara di Asean belum menunjukkan minat untuk berdagang menerusi penyelesaian mata wang tempatan.

"Dolar AS masih ada kekuatan utama dalam perdagangan utama, jadi negara-negara memilih menggunakannya.

"Kemudian saya lihat tiada minat (daripada) Jepun, Hong Kong, dan Korea Selatan, (manakala) India masih mengenakan sekatan Rupee di luar negara melainkan untuk warganegara jadi rundingan mungkin mengambil masa," tambahnya.

Bagaimanapun, Anwar percaya kejayaan Asean dan China mengguna pakai mata wang tempatan dapat mendorong negara-negara lain untuk turut sama memanfaatkan penyelesaian berkenaan di tengah-tengah sentimen lebih kukuh terhadap dolar AS.

Beliau turut menyambut cadangan penggunaan mata wang dinar yang dianggap dapat memperkukuhkan perdagangan dan ekonomi dengan negara terlibat.

"Malah dengan peningkatan kepada lebih AS$1 trilion industri halal, negara-negara Islam sudah maklum dengan keperluan (penggunaan) dinar, tetapi dari usaha sejak 90-an, sambutan serius belum ada.

"Ini antara tajuk kita akan rujuk semula dalam pertemuan tentang ekonomi dan kewangan Islam di Kuala Lumpur pada Disember," katanya. - Bernama

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... rgantung-pada-dolar

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.048046 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list