CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1499|Reply: 0

[Pulau Pinang] Operasi JPJ: 1,000 pemandu lori Kedah, Pulau Pinang serah 7 tuntutan

[Copy link]
Post time 17-10-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Operasi JPJ: 1,000 pemandu lori Kedah, Pulau Pinang serah 7 tuntutan


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 17, 2023 @ 3:22pm [email protected]




Muhammad Daniel (kanan) menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengarah JPJ Pulau Pinang, Shahrul Azhar Mat Dali (dua dari kiri) di hadapan bangunan JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya. - NSTP/DANIAL SAAD




BUTTERWORTH: Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Wilayah Utara merayu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertimbang tujuh tuntutan dikemukakan bagi mengurangkan beban ditanggung ahlinya yang membabitkan golongan pemandu lori.

Pengerusinya, Muhammad Daniel Abdullah, berkata tuntutan itu dikemukakan kerana pemandu lori kini sudah tersepit untuk keluar mencari rezeki memandangkan kerap ditahan JPJ yang melakukan operasi penguatkuasaan bagi pemeriksaan lebihan muatan.

Katanya, mereka tiada pilihan lain selain membawa muatan lebih berikutan syarikat tidak mahu menaikkan kadar sewa, namun masih lagi memastikan muatan tidak melepasi had pagar kenderaan.

"Memang sebelum ini pun ada operasi begini, namun akhir-akhir ini tindakan lebih drastik oleh JPJ sampai ada lori yang kena sita, dipotong mata demerit dan ada lesen kena gantung.

"Jadi kami pun sudah tak tahu nak buat apa, jadi mengambil langkah menghantar tujuh tuntutan antaranya memohon JPJ melihat semula tindakan sedemikian," katanya selepas menghantar memorandum mengandungi tuntutan itu di luar perkarangan JPJ Pulau Pinang, hari ini.

Memorandum diserahkan kepada kepada Timbalan Pengarah JPJ negeri, Shahrul Azhar Mat Dali dengan disaksikan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San.

Kira-kira 1,000 pemandu lori seluruh Pulau Pinang dan Kedah turun membuat bantahan secara aman bagi merayu tuntutan mereka dipertimbangkan.



Sebahagian kira-kira 1,000 pemandu lori Kedah dan Pulau Pinang turun membuat bantahan secara aman bagi merayu tuntutan mereka dipertimbangkan di JPJ Pulau Pinang. - NSTP/ DANIAL SAAD



Muhammad Daniel berkata, antara tuntutan dikemukakan adalah meminta JPJ negeri mempertimbangkan supaya lori yang membawa muatan sama paras dengan pagar kenderaan diberi pelepasan di bawah peraturan membawa barangan melebihi had muatan yang ditetapkan.

Selain itu, katanya mereka juga mencadangkan JPJ menaikkan nilai Berat Dengan Muatan (BDM) bagi sesebuah lori kerana lori yang baharu dikeluarkan kebiasaannya lebih canggih dan mampu menanggung bebanan tinggi.

"Kami turut mencadangkan saman dikenakan terhadap pihak lombong, kuari dan kilang jika lori ditangkap melebihi had (muatan) kerana mereka membenarkan lori itu keluar daripada premis dengan muatan berlebihan.

"Dalam pada itu, kami berpendapat kerajaan perlu memainkan peranan menaikkan kadar sewa kenderaan perdagangan kerana kadar sewa dalam industri ketika ini sangat murah dan tidak berpatutan, sedangkan kos alat ganti kenderaan dan kos sara hidup semakin meningkat," katanya.

Mengulas lanjut, Muhamad Daniel, berkata pihaknya turut memohon sistem saman demerit kepada pemandu dihapuskan kerana amat tidak adil kepada pemandu kenderaan perdagangan.

"Rata-rata pemandu lori dan pengusaha kenderaan berat di wilayah utara ini hanya memiliki satu atau dua kenderaan perdagangan dan tindakan terlalu keras menjejaskan sumber pendapatan," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.123511 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list