CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3687|Reply: 0

[Kedah] Petani mengeluh, belian padi RM1,300 per tan tak cukup

[Copy link]
Post time 17-10-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode


BELIAN padi yang naik RM100 kepada RM1,3000 disifatkan sedikit serta belum cukup untuk menampung kos input tinggi bagi mengusahakan tanaman berkenaan. – GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR – Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyifatkan belian padi pada harga RM1,300 per tan tidak cukup untuk menampung kos input yang sema­kin meningkat ketika ini.

Pengerusinya, Che Ani Mat Zain berkata, sehubungan itu, pihaknya berharap kerajaan menaikkan harga siling beras daripada RM2.60 kepada RM3.50 sekilogram (kg) bagi membantu petani menerima harga jualan padi yang lebih munasabah.

“Di pihak pesawah kita rasa sedikit kecewa kerana ingatkan kerajaan memahami keperitan yang dihadapi pesawah, kita sebenarnya menjangkakan harga belian padi naik RM1,400 atau RM1,500 per tan.

“Bagaimanapun jangkaan kami meleset apabila harga belian hanya naik RM100, ia tidak mencukupi untuk mengurangkan kos input tinggi yang perlu kami tanggung untuk mengusahakan tanaman itu,” katanya.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga lantai belian padi dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,300 per tan.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan demonstrasi petani di seluruh Kedah ekoran tindakan pengilang menurunkan harga belian daripada RM1,700 kepada RM1,250 per tan pada awal bulan ini.

Che Ani berkata, harga lantai sebanyak RM1,300 masih jauh daripada RM1,700 per tan yang dibayar oleh pengilang padi sebelum tiba-tiba menurunkan harga kepada RM1,250 baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, harga siling beras RM2.60 sekilogram adalah terendah di Asia Tenggara serta tidak lagi relevan kerana kos input meningkat beberapa kali ganda sejak sedekad lalu.

“Malah di Vietnam, Thailand dan Laos yang merupakan pengeluar utama beras di rantau ini, beras putih dijual ma­sing-masing pada harga RM3.60, RM3.50 dan RM5.70 sekilogram, tetapi kita masih menjual pada harga RM2.60 sekilogram.

“Di Singapura beras dijual pada harga RM6.80 sekilogram manakala harga di Brunei kira-kira RM6.70 sekilogram. Harga itu perlu dikaji semula untuk menggambarkan kos pengeluaran semasa dan risiko yang perlu kita tanggung apabila tanaman rosak akibat bencana alam dan serangan penyakit serta haiwan perosak,” katanya.

Dalam pada itu, seorang petani, Muhammad Aeffandi Aziz, 40, dari Pendang dekat sini, berkata, kos mengerjakan sawah ketika ini meningkat antara RM10 hingga RM20 setiap relung termasuk upah mesin padi dan traktor.

“Bila belian padi naik RM1,700 dahulu pengusaha mesin padi dan traktor ini mula naikkan upah sewa mereka. Tetapi bila harga belian sudah turun takkan mereka akan turunkan semula?

“Bagi kami paling munasabah belian padi adalah RM1,500 per tan, dapatlah juga tampung kos kenaikan itu ini. Kalau naik RM100 mungkin itu cukup untuk tampung kenaikan kos sahaja. Bila naik RM1,700 dahulu kami paling bahagia tetapi rupanya sekejap sahaja,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -tan-tak-munasabah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063172 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list