CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2420|Reply: 0

[Pulau Pinang] 123 penjaja pasar malam diperiksa, 15 kompaun dikeluarkan

[Copy link]
Post time 17-10-2023 09:39 AM | Show all posts |Read mode
123 penjaja pasar malam diperiksa, 15 kompaun dikeluarkan

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
   17 Oktober 2023    09:17am






Anggota penguat kuasa melaksanakan operasi di pasar malam di daerah Barat Daya pada Ahad lalu. - Foto MBPP



GEORGE TOWN - Sebanyak 123 penjaja pasar malam di kawasan daerah Barat Daya di sini diperiksa dalam satu operasi bersepadu pasar malam bagi membanteras peniaga warga asing pada petang Ahad lalu.

Operasi tersebut melibatkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.



Dalam kenyataan di Facebook MBPP, Unit Perniagaan Kecil MBPP telah memeriksa 123 penjaja di pasar malam tersebut dan telah merampas barangan perniagaan daripada empat gerai warga asing yang menjual buah-buahan, bantal serta karpet.


Sebanyak 123 gerai pasar malam diperiksa dengan 15 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. - Foto MBPP




"Sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan kepada pekerja-pekerja gerai menjual makanan yang tidak mengambil suntikan anti-tifoid.



"Pegawai Pelesenan MBPP juga memberi teguran dan nasihat kepada penjaja yang menjalankan perniagaan makanan serta minuman agar mengutamakan kebersihan persekitaran dan peralatan perniagaan bagi memastikan kualiti penyediaan terjamin," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Jabatan Imigresen Malaysia telah menahan tujuh warga asing kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dalam operasi sama.


"Sementara itu, KPDN Pulau Pinang pula memeriksa gerai-gerai dan memberi teguran serta amaran kepada peniaga mengenai aspek penandaan harga pada barangan jualan supaya diperincikan dan diperkemaskan agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan.


"Pada masa yang sama Unit Tred, Industri dan Establisymen (TIEM) MBPP telah memeriksa lima premis perniagaan dan mengeluarkan satu notis kepada premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen," katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, satu notis dan tiga kompaun turut dikeluarkan TIEM MBPP untuk kesalahan meletak peralatan dan barangan jualan di siar kaki yang mendatangkan halangan.

"Operasi bersepadu seumpama ini akan dipergiatkan lagi dari semasa ke semasa dengan penglibatan lebih banyak agensi penguatkuasaan," katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.107487 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list