CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4703|Reply: 35

[Jenayah] Kronologi kes Najib & anak lari daripada membayar cukai....

[Copy link]
Post time 17-10-2023 02:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 17-10-2023 03:13 AM



PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan, (semalam), menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi supaya membayar lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Keputusan sebulat suara oleh lima panel hakim itu dipengerusikan Datuk P Nalini yang menolak rayuan anak beranak itu dengan berpandukan prinsip bayar dulu dan bincang kemudian.


Nalini berkata, prinsip ini berkuatkuasa kepada pihak yang berhutang kepada LHDN sebelum membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.


Pada Julai 2020, dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.


Najib dan Mohd Nazifuddin kemudian merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 22 dan 6 Julai 2021 oleh Hakim Datuk Ahmad Bache dan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.


Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LHDN, melalui kerajaan Malaysia juga telah memfailkan writ saman terhadap Mohd Nazifuddin pada 24 Julai 2019, mendakwa Mohd Nazifuddin masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran dari 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Februari lalu kerana gagal menjelaskan cukai pendapatan berkenaan.


https://malaysiagazette.com/2023/10/16/mahkamah-persekutuan-kekalkan-keputusan-najib-nazifuddin-bayar-cukai-lebih-rm1-7b/
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 21 Users voted

Poll is finished

24.49% (12)
14.29% (7)
8.16% (4)
12.24% (6)
18.37% (9)
10.20% (5)
12.24% (6)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2023 03:02 AM | Show all posts
Cukai dalam Islam

Perbahasan berkenaan cukai menurut sudut pandang Islam merupakan satu perdebatan panjang yang menjadi khilaf ulama sejak zaman berzaman. Namun secara ringkasnya, setelah meneliti hujah dan pandangan para ulama, di samping melihat kepada realiti semasa, kerajaan harus untuk mengenakan cukai terhadap rakyat yang diletakkan dalam satu sistem yang teratur, dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Suasana ekonomi sesebuah negara perlu diambil kira termasuk di Malaysia di mana keadaan ekonomi masih lagi tidak mencukupi untuk hanya bergantung kepada beberapa sumber dan hasil mahsul, justeru keperluan mengenakan cukai adalah bersifat mendesak.

Perbuatan lari daripada membayar cukai (tax evasion) merupakan satu gejala kronik yang menimpa banyak negara, termasuklah Malaysia yang telah mengakibatkan kerugian yang besar. Pada tahun 2016, laporan The Malaysian Reserve mendedahkan, kira-kira RM1 bilion cukai tidak diisytiharkan oleh golongan profesional di negara ini.[1] Pada 2019 pula, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendedahkan bahawa Kerajaan kerugian kira-kira RM90 juta pada tahun tersebut berikutan 1,800 kenderaan import yang dibawa masuk ke negara ini 'lari' daripada membayar cukai.[2]

Berikut kami senaraikan ringkasan beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh badan-badan fatwa sedunia berkenaan isu ini:

1. Dar al-Ifta’ al-Misriyyah[3]

Perbuatan menipu dan memberikan maklumat palsu berkenaan pendapatan yang diterima untuk mengelak daripada cukai adalah diharamkan, bahkan ia merupakan salah satu dosa besar disisi syarak. Hal ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu bentuk penipuan yang jelas dilarang oleh syarak, serta ia akan menyebabkan negara tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik kerana cukai merupakan antara sumber pendapatan penting sesebuah negara dalam menguruskan urusan rakyatnya.


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 06:45 AM | Show all posts
ingatkan Cina Jho Lo bijak
rupanya melayu lagi bijak

duit ada dan bebas


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 08:22 AM | Show all posts
mengarut......berapa ramai rakyat malaysia dipaksa bayar dahulu bincang kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak jahit 47 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:21 AM | Show all posts
TAK BAYOR SEBAB TAK SANGKA ...TAK BENTANG DLM PARLIMEN 1MDB SEBAB TAK SANGKA BAKAL TEWAS DLM PRU 13

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2023 10:29 AM | Show all posts
membuktikan duit tu memang duit derma, bukannya duit songlap seperti fitnahan selama 10 tahun

kalau duit songlap, kenapa LHDN kenakan cukai yer dak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:33 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 17-10-2023 08:22 AM
mengarut......berapa ramai rakyat malaysia dipaksa bayar dahulu bincang kemudian.

kalau amount setakat ribu-ribu logik ler suruh bayar dulu runding kemudian

dalam kes najib ni najib disuruh bayar lebih 1 bilion dulu kot

najib tak ada duit sebanyak tu

tapi takpelah.. padam muka najib kankankan.. itu yang rakyat malaysia nak

8% pon takpe.. beras takde pon takpe.. ekonomi ke lembah kehaukkan pon takpe

asalkan padam muka najib hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 10:33 AM | Show all posts
still maseh ramai yg puja & taksub dgn si jibby nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:35 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 17-10-2023 08:22 AM
mengarut......berapa ramai rakyat malaysia dipaksa bayar dahulu bincang kemudian.

kira adil la, sama treatment dgn marhaen makan gaji.
bayar dulu tiap2 bulan. tahun depan baru bincang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:49 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 17-10-2023 10:50 AM

Najib Razak:

Seperti didedahkan oleh saksi pendakwaan dalam mahkamah minggu lepas, Najib menerima RM2.081 bilion (iaitu dana yang pernah dikenali sebagai RM2.6b) dan telah memulangkan RM2.034 bilion (selepas tolak kos transaksi bank) kepada penghantar empat bulan kemudian.

Di mana saksi pendakwaaan juga memberitahu mahkamah bahawa hanya RM22.65 juta dibelanjakan daripada kemasukan dana ini iaitu untuk memberi dana kepada UMNO serta kerja media sosial bagi pihak kerajaan - bukan untuk kegunaan peribadi.

Pendedahan berkenaan pemulangan dana ini jelas membuktikan bahawa cukai LHDN sebanyak RM1.7 bilion (setelah ditambah penalti dan kos lewat) adalah tidak sah.

Sebab LHDN masa Mahathir dan Muhyiddin telah salah gunakan kuasa cukai untuk taksir RM2.081 bilion yang masuk dari luar negara adalah pendapatan Najib manakala RM2.034 bilion yang dipulangkan adalah perbelanjaan Najib.

Maka kes LHDN mengarut ini patut digugurkan serta-merta.














Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:50 AM | Show all posts
kemaruk replied at 17-10-2023 10:33 AM
kalau amount setakat ribu-ribu logik ler suruh bayar dulu runding kemudian

dalam kes najib ni naj ...

ribu2 pun pedih nak bayar...dah tgk ramai kawan2 yg kena. bukannya x buat taksiran cukai. kadang-kadang dokumen tak lengkap. kadang2 sbb majikan lambat bayar jadi x sama dgn penyata dan yg diterima oleh LHDN. bukan lhdn nak kejar majikan dia minta individu bayar dulu bincang kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:52 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 17-10-2023 10:50 AM
ribu2 pun pedih nak bayar...dah tgk ramai kawan2 yg kena. bukannya x buat taksiran cukai. kadang-k ...

bayangkan perasaan najib bilamana dipaksa bayar RM1.6bilion dulu baru boleh runding

tapi takpelah.. padam muka najib kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:52 AM | Show all posts
padam muka ajib
tahniah abahcow berjaya humban ajib dlm jel zaman PuNdek
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:54 AM | Show all posts
s@s@ replied at 17-10-2023 10:35 AM
kira adil la, sama treatment dgn marhaen makan gaji.
bayar dulu tiap2 bulan. tahun depan baru binc ...

bukan isu adil, isunya kenapa tak selesaikan hgga dapat persetujuan kemudian buat bayaran selepas selesai audit. ramai member I kena. plg tinggi kena sampai rm20K. mahu terduduk. klu mahu dikatakan adil, berapa org VVIP yg kena berbanding dgn rakyat biasa? klu najib kena bayar 1B pun bukan urusan I nak pertikaikan amount tersebut tetapi kaedah bayar dulu dan bincang kemudian. so klu rakyat biasa xmampu bayar nak kena masuk lokap? adil gitu?


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:55 AM | Show all posts
kemaruk replied at 17-10-2023 10:52 AM
bayangkan perasaan najib bilamana dipaksa bayar RM1.6bilion dulu baru boleh runding

tapi takpelah ...

padan muka najib dan rakyat malaysia yg ramai dah kena bayar dulu bincang kemudian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 10:55 AM | Show all posts
kemaruk replied at 17-10-2023 10:52 AM
bayangkan perasaan najib bilamana dipaksa bayar RM1.6bilion dulu baru boleh runding

tapi takpelah ...

Senjata mkn tuan...nak sangat kan GST....bila dah tercidok org cari kepala nye dulu la....



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 11:01 AM | Show all posts
s@s@ replied at 17-10-2023 10:35 AM
kira adil la, sama treatment dgn marhaen makan gaji.
bayar dulu tiap2 bulan. tahun depan baru binc ...



peraturan ini kena pinda.....
sepatutnya tafsir dulu, baru potong gaji atau bayar cukai...
bukan potong gaji dulu atau bayar cukai dulu, lepas tu baru tafsir...


peraturan ini boleh disalahguna untuk membangkrapkan dan menganinya orang



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 11:02 AM | Show all posts
manopBKK replied at 17-10-2023 10:55 AM
Senjata mkn tuan...nak sangat kan GST....bila dah tercidok org cari kepala nye dulu la....{:1_509: ...

8% muka ala senyum kah holiaw ma.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 11:02 AM | Show all posts
padam muka najib!! padam muka!! padam muka!!

haaa.. lega..

ok nak beratur beli beras jap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067346 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list