CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Kedah] Bengkel jadi kediaman impian

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:00 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN rumah sewa Norazizah Mohammad Ramli selepas diubahsuai. FOTO Ihsan Norazizah Mohammad Ramli

Kulim: Meskipun tidak tinggal di kondominium atau banglo mewah, kediaman Norazizah Mohammad Ramli mendapat perhatian warganet hingga ada memintanya berkongsi keadaan ruang di kediamannya itu.

Ia selepas ibu tiga anak itu berkongsi video ruang dalam rumahnya yang bersih, tersusun dan teratur walaupun tidak dilengkapi hiasan atau perabot mahal.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen positif kerana kagum dengan cara Norazizah, 39, menjaga kekemasan dan kebersihan rumahnya.

Berkongsi kisahnya, Norazizah, yang menetap di Tapak Peladang Simpang 3, Jangkang Karangan, di sini berkata, perkongsiannya itu sekadar suka-suka saja dan tidak pernah mengharap perhatian sesiapa.

"Saya bukan reti bab IT (teknologi maklumat) tapi suka 'post' (muat naik) cuma tak mengharap pun orang komen atau 'like' (tanda suka).

"Tapi nak dijadikan cerita, ada musang mati atas siling rumah dan sedih juga namun nak tak nak saya kena kemas.

"Tak ada beria pun mengemasnya tetapi cukup sekadar sejuk mata memandang, tenang hati serta fikiran melihat semua tersusun.

"Selesai mengemas, saya kongsi gambar rumah saya yang saya gelarkan 'homestay'. dengan keluarga kemudian muat naik di TikTok dengan kapsyen apa terlintas di fikiran saja. Tak sangka pula ramai suka dan komen hingga perkongsian meraih lebih 115,000 tontonan setakat ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Norazizah berkata, rumah yang asalnya bengkel itu disewa sejak hampir empat tahun lalu dan dia sekeluarga menetap di situ seminggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Menurut Norazizah, pada awalnya, suami hanya menyewakan mereka sekeluarga bilik kecil berukuran 64 kaki persegi (8x8 kaki).

"Selama setahun tiga bulan juga kami menyewa di bilik itu dan waktu dapat (bilik), keadaan macam hutan belantara tapi cuba kema supaya anak selesa.

"Disebabkan terlalu sempit, sebahagian barang terpaksa diletakkan di ruang garaj.

"Sebelum raya haji pada 2021, suami ikhtiar besarkan tempat tinggal kerana mengenangkan anak pun sudah besar dan dipermudahkan selepas rakannya sumbangkan palet kayu.

"Bagi mendapatkan modal tambahan, suami menjual kereta pemberian bapa saudaranya yang terjual RM5,000 kemudian beli perkakas, bumbung serta mesin bagi memudahkan kerja ubah suai rumah dengan dapur di bahagian luar kerana ruang sedia ada amat terhad," katanya.

Bagi Norazizah, rumahnya tidak sempurna dan kemas sepenuhnya.

Bagaimanapun, Norazizah bersyukur kerana masih ada tempat berteduh jadi cuba sebaik mungkin untuk mengemas juga menjaga kebersihan sekali gus mendidik anak supaya mengikut jejak langkahnya.

"Sejak kecil, emak dan opah ajar saya supaya jadikan amalan kemas rumah terutama tempat tidur sebagai rutin.

"Jadi, sampai sudah besar saya terbiasa hingga anak pun saya ajar untuk pastikan ruang dalam rumah tidak berselerak dan sebaiknya cuci kemudian susun pinggan mangkuk selepas makan.

"Kebiasaannya, anak perempuan saya suka ikut mengemas rumah manakala yang lelaki bersihkan ruang luar rumah tapi ada ketikanya jika ditegur baru buat.

"Biasalah, mereka masih budak jadi buat ikut 'mood' mereka namun sebagai orang dewasa, jadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka sejak usia kecil," katanya yang menghargai sokongan warganet terhadapnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adi-kediaman-impian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.071571 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list