CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12090|Reply: 0

Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera

[Copy link]
Post time 15-10-2023 08:41 PM | Show all posts |Read mode


KARACHI (Pakistan): Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) mendapati pusat gempa adalah kira-kira 34 kilometer di luar Herat, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai kesihatan tempatan, Farhad Afzali, mengesahkan jumlah mangsa yang cedera tetapi tidak memberikan butiran lanjut, menurut penyiar tempatan Tolo News.

Kenyataan Kementerian Penerangan Afghanistan, berkata gempa bumi terbabit menggegarkan Herat dan wilayah berhampiran dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan kawasan.

Herat yang bersempadan dengan Iran telah dilanda beberapa siri gempa bumi sejak minggu lalu.

Gempa bumi kuat pada 7 Okt lalu telah mengorbankan lebih 2,000 orang, manakala beribu-ribu lagi dilaporkan cedera di wilayah berkenaan. - BERNAMA-ANADOLU


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056333 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list