CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2705|Reply: 0

[Sabah] Pengusaha restoran makanan laut lepaskan lobster berharga RM1,600 kerana bertelur

[Copy link]
Post time 15-10-2023 08:28 PM | Show all posts |Read mode


LEPAS: Udang kara dilepaskan di laut pantai Tanjung Aru.



BERTELUR: Isteri pengendali KenTash Channel melihat telur pada bahagian bawah perut udang kara.



LOBSTER: Udang kara seberat lebih tiga kilogram yang dilepaskan kerana bertelur.

KOTA KINABALU: Pengusaha sebuah restoran makanan laut di sini sanggup kerugian RM1,600 apabila membuat keputusan melepaskan seekor udang kara hidup atau 'lobster' seberat lebih tiga kilogram dari dalam akuarium premis berkenaan.

Berdasarkan video yang dimuat naik KenTash Channel yang juga rakan kongsi promosi premis terbabit, udang kara berkenaan yang sarat bertelur dilepaskan di laut pantai Tanjung Aru di sini baru-baru ini.

Tindakan itu bagi menyelamatkan ribuan telur hidupan laut berkenaan yang dilihat hampir menetas dengan harapan ia dapat terus membiak dan membesar di habitat asalnya di laut.

Udang kara berkenaan yang sebelum ini disimpan dalam akuarium Tanjung Seafood Restaurant di Plaza Tanjung Aru di sini, adalah sebahagian bekalan makanan laut hidup untuk dipilih sebagai hidangan pelanggannya.

Namun, apabila dilihat isteri pengendali KenTash Channel, timbul rasa simpati terhadap hidupan laut itu yang disifatkannya wajar dilepaskan di laut supaya telur yang melekat di bawah perut udang kara itu boleh menetas.

Alasannya, dia mahu memastikan spesies udang kara itu dapat terus membiak di habitat asalnya memandangkan hidupan marin itu semakin pupus berikutan penangkapan berleluasa untuk industri makanan laut.

Berikutan itu, mereka mengambil keputusan untuk mengeluarkan udang kara itu dari akuariumnya sebelum ditimbang dan dibawa ke pantai Tanjung Aru untuk dilepaskan di perairan pantai berkenaan.

Dua rakaman video mengenai udang kara itu yang dimuat naik KenTash Channel sudah ditonton ratusan ribu pengguna Facebook, selain mendapat pelbagai pujian dan sokongan daripada netizen yang melihat klip video berkenaan.

Pemilik Tanjung Seafood Restaurant menyifatkan tindakan murni itu sebagai antara sumbangan sosialnya terhadap usaha untuk memelihara hidupan marin yang berdepan ancaman kepupusan akibat lampau tuai di Sabah.

Udang kara atau lobster adalah antara makanan laut yang dikategorikan sebagai hidangan mewah yang biasanya hanya mampu dibeli golongan berada, termasuk pelancong asing yang datang ke Sabah untuk menikmati makanan lautnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2023/10/13/pengusaha-restoran-makanan-laut-lepaskan-lobster-berharga-rm1600-kerana-bertelur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.454235 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list