CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2543|Reply: 0

[Sabah] Tiga wanita selamat, dua rumah musnah terbakar

[Copy link]
Post time 15-10-2023 08:24 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kawasan kebakaran selamat.

LAHAD DATU: Tiga wanita mengalami detik cemas selepas rumah mereka di Kampung Silam Kem, di sini, terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, sekurang-kurangnya dua rumah jenis separuh kekal yang masing-masing memiliki kedai runcit di bahagian bawah musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.43 pagi.
Katanya, seramai empat pegawai dan anggota bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu empat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan tiga Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Silam.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati kejadian melibatkan dua buah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi terus bertindak memadam kebakaran menggunakan tiga pancutan daripada sumber air sungai.

“Terdapat tiga mangsa iaitu wanita masing-masing seorang dari rumah pertama dan dua lagi dari rumah kedua berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Kebakaran berkenaan hanya membabitkan kemusnahan harta benda sahaja, tiada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Sumsoa berkata, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.43 pagi.

“Kita akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa terbabit,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.640138 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list