CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2405|Reply: 0

[Sabah] Sabah terus catat peningkatan pelancong

[Copy link]
Post time 15-10-2023 08:20 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Christina (tengah) ketika melakukan tinjauan dalam pameran berkenaan.

KOTA KINABALU: Sabah dijangkakan akan terus menerima kedatangan pelancong yang lebih ramai dalam tempoh pasca Pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, dapat disaksikan bahawa Sabah pada tahun ini menerima peningkatan kedatangan pelancong yang sangat memberangsangkan.

"Kita dapat menyaksikan sejumlah 1.4 juta pelancong antarabangsa dan domestik telah datang ke Sabah dari Januari sehingga Julai 2023.

"Berdasarkan angka ini, Sabah berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran kedatangan pelancong ke Sabah iaitu 2.2 juta tahun ini.

"Angka itu jika dilihat dari segi resit pelancongan, ia bernilai RM2.9 bilion, sekali gus menampakkan peningkatan mendadak sebanyak 99.7 peratus," katanya ketika merasmikan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) edisi kedua di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Christina menjelaskan Perlancongan Berasaskan Komuniti juga penting dan usaha akan diperkasakan untuk mengembangkan sektor itu di seluruh negeri.

Katanya, usaha akan dilakukan bagi memastikan setiap komuniti luar bandar dapat menikmati kelestarian ekonomi pelancongan.

"Saya gembira bahawa Lembaga Pelancongan Sabah (STB) kini dalam usaha mewujudkan satu jenama untuk sektor ini bagi mengangkat Pelancongan Berasaskan Komuniti ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Oleh yang demikian, Christina menyeru para pemegang taruh agar memberikan kerjasama penuh kepada kementeriannya untuk memperkasakan lagi sektor pelancongan di Sabah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.201060 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list