CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3770|Reply: 0

[Perak] Bilik sewa saiz liang lahad: KPKT beri amaran keras

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Nga Kor Ming (dua, kanan) melihat barangan jualan pada lawatan ke Pasar Pasir Pinji hari ini. FOTO BERNAMA

Ipoh: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi amaran keras kepada pemilik rumah atau premis yang melakukan ubahsuai melampau dengan menyediakan bilik sewa bersaiz sempit dan kecil yang boleh dikatakan seakan 'liang lahad' atau 'sangkar burung'.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata KPKT dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan akan secara aktif memantau keadaan itu serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap mereka.

"KPKT mengambil pendirian tegas dan memberi amaran kepada semua pemilik rumah yang melakukan ubahsuai sedemikian yang tanpa kebenaran PBT, supaya mengubah semula kepada bentuk asal, atau tindakan tegas bakal diambil.

"Perbuatan itu melanggar Seksyen 79 Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang mana perbuatan mengubah struktur sedemikian mesti selepas mendapat kebenaran bertulis daripada PBT selain peruntukan bahawa PBT boleh memasuki premis itu bagi mengubahnya semula kepada bentuk asal," katanya dalam sidang media ketika Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung laporan akhbar berhubung premis kedai di Kuala Lumpur diubah suai bagi menempatkan 38 bilik sewa yang mana penyewa hanya boleh duduk dan baring di dalamnya dengan membayar RM300 sebulan.

Menurut Nga, berdasarkan aduan diterima pihaknya, situasi sedemikian tidak hanya berlaku di ibu kota atau Lembah Klang sebaliknya turut meliputi kawasan di semua 20 bandaraya yang ada di Malaysia termasuk Ipoh.

Menurutnya, keadaan itu selain menjejaskan kesihatan mental turut mengundang bahaya terutama dari aspek keselamatan kebakaran.

"Kita harus mengambil iktibar daripada kejadian kebakaran membabitkan sebuah sekolah tahfiz pada 2016 yang meragut 21 nyawa pelajar sekolah itu, memandangkan bangunan yang diduduki mereka ketika itu tiada kebenaran dari PBT.

"Sekiranya hendak buat pengubahsuaian, sila mohon kepada PBT dan tidak membuat 'partition' (dinding pembahagi) yang berlebihan dan keterlaluan sehingga membahayakan nyawa penyewa.

"Saya sudah berbincang dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan mereka juga memandang serius masalah ini. Tindakan undang-undang akan disusuli jika keadaan tidak bertambah baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-beri-amaran-keras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051293 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list