CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4564|Reply: 0

[Perak] 'Dia kata jangan ganggu, anak tidur dengan tenang'

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode

JENAZAH Ayyash Aulian dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: "Ketika menghubunginya untuk mengambil anak dan memberi makan, dia beritahu jangan ganggu, anak saya tidur dengan tenang."

Itu kata Siti Hasmiza Azizan, 38, ibu kepada kanak-kanak berusia lebih dua tahun, Ayyash Aulian Muhammad Faizul, yang maut dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Taman Serai Permai Bagan Serai, di sini, semalam.

Siti Hasmiza berkata, anak ketujuhnya diambil lelaki itu, Selasa lalu.

"Ini kali ketiga anak saya dibawa pulang ke rumahnya untuk diasuh sementara seperti sebelum ini.

"Rumahnya hanya dua lorong dari kediaman kami," katanya ditemui selepas pengebumian jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu di sini.

Menurutnya, sebelum ini anaknya akan dihantar pulang pada hari sama.

"Selasa lalu dia datang ambil anak dan bawa pulang dan katanya biarlah dia jaga Ayyash Aulian.

"Esoknya (Rabu) saya menghubunginya untuk bertanyakan keadaan anak dan dia kata anak suka tinggal di situ dan masih mendengar suara anak.

"Pada Khamis, saya sekali menghubunginya namun dia marah, saya minta untuk dengar suara anak tetapi dia beritahu jangan ganggu kerana anak sedang tidur," katanya.

Musykil dengan jawapan yang diberikan Siti Hasmiza segera ke rumah lelaki itu, namun pintu pagar dan pintu utama tertutup rapi.

"Saya kemudian menghubunginya semula dengan alasan ingin hantar dan beri makanan kepada anak namun dia memarahi saya.

"Tidak lama selepas itu saya menerima panggilan darinya yang meminta ke Klinik Kesihatan (KK) Bagan Serai segera.

"Sebaik tiba saya dapati anak sudah diselimutkan dengan kain batik dan kaku tidak bernyawa," katanya.

Katanya, hatinya bertambah luluh dan hancur apabila mendapati keadaan anak seolah-olah didera.

"Saya meletakkan kepercayaan kepadanya dengan harapan anak mendapat kasih sayang seorang ayah.

"Apa yang dilakukannya amat menghancurkan jiwa, saya tidak akan memaafkannya sampai bila-bila.

"Saya mahu dia dikenakan hukuman berat dengan apa yang dilakukan terhadap Ayyash Aulian," katanya sambil memaklumkan mangsa adalah hasil perkongsian hidup dengan suami ketiga.

Siti Hasmiza berkata, dia mengenali dan berkawan dengan teman lelakinya sejak beberapa tahun lalu.

Pada masa sama, dia turut meminta jasa baik orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar keadaan anaknya ketika mendapat rawatan di KK Bagan Serai.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu pada 5.20 petang, hari ini.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tidur-dengan-tenang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.301455 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list