CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4711|Reply: 0

[Perak] 2 lelaki maut, tragedi di gerai burger

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Dua lelaki termasuk remaja maut dipercayai terkena renjatan elektrik di gerai burger di Taman Bercham Raya di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian dilapor orang awam di Balai Polis Tambun pada 1.15 pagi.

Katanya, pemeriksaan anggota di lokasi mendapati dua lelaki berumur 30 dan 14 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi gerai burger itu.

"Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka adalah pekerja gerai dan dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja," katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke HRPB untuk dibedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... edi-di-gerai-burger
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.263463 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list