CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4201|Reply: 0

[Kedah] Lelaki reman 4 hari bantu siasatan penemuan bayi perempuan tepi jalan

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki reman 4 hari bantu siasatan penemuan bayi perempuan tepi jalan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 15, 2023 @ 10:10am bhnews@bh.com.my




Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan penemuan bayi di Pendang, Jumaat lalu. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli




ALOR SETAR: Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan penemuan bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi jalan berhampiran ladang getah Kampung Datuk Syed Ahmad di Pendang, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 20-an itu, dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di pejabat lokap mahkamah, hari ini.

Terdahulu, lelaki yang bekerja sebagai tukang gunting rambut tiba di lokap mahkamah pada jam 8.41 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Media sebelum ini melaporkan penemuan seorang bayi perempuan bertali pusat dan uri di tepi jalan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superitenden Arriz Sham Hamezah memaklumkan, pihaknya menerima maklumat penemuan bayi jam 7.05 petang.



Bayi perempuan yang baru dilahirkan di tepi jalan berhampiran ladang getah Kampung Datuk Syed Ahmad di Pendang, Jumaat lalu. - Foto pembaca
Bayi itu dipercayai baru ditinggalkan di kawasan itu dengan dibalut kain batik serta tuala diletakkan dalam bakul.

Berikutan itu, polis menahan dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai ibu bayi berkenaan di Sik, semalam.

Sementara itu , Arriz Sham ketika dihubungi memaklumkan, ibu bayi berkenaan yang juga berusia 20-an, dibebaskan dengan jaminan polis kerana keadaan kesihatannya yang baru lepas bersalin.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.048648 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list