View: 3639|Reply: 0
|
Itali bedal Malta, Denmark selangkah ke Euro 2024
[Copy link]
|
|
DAVIDE Frattesi meraikan jaringannya untuk Itali. FOTO REUTERS
Paris: Penyandang juara, Itali menang 4-0 ke atas Malta pada kempen kelayakan Euro 2024, awal pagi tadi, manakala Denmark mengukuhkan kedudukan mereka sekali gus menjejaskan harapan pasukan bukan pilihan, Kazakhstan.
Giacomo Bonaventura meledak gol pertamanya untuk Itali manakala Domenico Berardi melakukan rembatan cantik untuk memastikan Itali selesai mendahului 2-0 di Bari.
Berardi menjaringkan gol sekali lagi pada separuh masa kedua sebelum Davide Frattesi melengkapkan malam gemilang untuk pasukan bimbingan Luciano Spalletti yang mengekalkan kedudukan kedua dalam Kumpulan C menjelang pertembungan dengan England minggu depan.
"Perlawanan ini benar-benar melihat sejauh mana potensi yang kami miliki," kata Spalletti kepada stesen penyiar RAI.
Itali yang masih berbaki satu perlawanan, hanya kurang tiga mata di belakang England menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Wembley.
"Ia pasti cukup beremosi, saya mempunyai kenangan yang menakjubkan di stadium itu," kata Berardi, yang beraksi ketika Itali meraih kemenangan menerusi penentuan penalti pada final Euro 2020 menentang England.
"Kami akan pergi ke sana untuk cuba melakukan apa yang kami lakukan hari ini, bermain dengan corak kami sendiri dan cuba meraih kemenangan," katanya lagi.
Ukraine mengikut jejak langkah Itali selepas menang 2-0 ke atas Macedonia Utara di Prague.
Georgiy Sudakov meletakkan Ukraine di hadapan pada minit 30 dan pemain gantian, Oleksandr Karavaiev mengesahkan kemenangan menerusi gol pada masa kecederaan dan akan berkunjung ke Malta minggu depan.
Sementara itu, Denmark membalas dendam kekalahan mengejut mereka kepada Kazakhstan pada Mac lalu apabila Robert Skov menjaringkan dua gol ketika meraih kemenangan 3-1 di Copenhagen.
Jonas Wind menyumbang gol pertama Denmark minit ke-36 sebelum Skov menjaringkan dua gol pada masa kecederaan separuh masa pertama serta minit ke-48.
"Pertama sekali, kami pastinya gembira dengan kemenangan pada perlawanan kelayakan Eropah di tempat sendiri. Ia bukan laluan yang mudah dalam kumpulan ini," kata jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand kepada penyiar TV2.
"Ia adalah perlawanan yang sangat penting di tempat sendiri dan kami terdesak untuk menang. Tekanan sentiasa ada ada, dan kami mendapat kemenangan yang kami mahukan," katanya lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... angkah-ke-euro-2024 |
|
|
|
|
|
|
| |
|