View: 14827|Reply: 7
|
Pelampau Yahudi Mahu Bunuh Imam Masjid Al-Aqsa
[Copy link]
|
|
Baotulmuqaddis: Imam Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Sheikh Ekrima Sabri adalah antara berpuluh-puluh penduduk Palestin yang nama dan lokasi mereka disiarkan dalam saluran aplikasi Telegram pelampau Yahudi, menyeru agar dia dibunuh, lapor portal berita Middle East Eye (MME) semalam.
Saluran dikenali sebagai Nazi Hunters 2023 itu menampilkan wajah mereka yang menjadi sasaran untuk dibunuh.
Ketua Pasukan Undang-Undang Sabri, Khaled Zaberqa memberitahu MEE bahawa imam itu telah menghubungi kerajaan Jordan yang merupakan penjaga Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan konsulat Arab di kota sama untuk memaklumkan tentang ancaman tersebut.
Zaberqa berkata, ancaman itu adalah hasutan daripada kumpulan pelampau Yahudi yang disokong oleh anasir dalam kerajaan Israel.
“Hasutan ini telus dan berbahaya. Hampir setahun Sheikh Ekrima berdepan provokasi berterusan oleh kumpulan pelampau Yahudi yang secara langsung menghasut pembunuhannya,” kata Zaberqa.
Orang lain yang dikenal pasti dalam saluran Telegram itu termasuk pemimpin agama, tokoh politik, wartawan, pegawai awam, aktivis pelajar dan mereka yang didakwa sebagai ahli Hamas dan pejuang Palestin.
Sabri, 85, adalah bekas ketua mufti Baitulmuqaddis, ketua Majlis Tertinggi Islam dan salah seorang imam utama di Al-Aqsa dan telah menyampaikan khutbah Jumaat di sana sejak awal tahun 1970-an lagi selain pernah ditangkap beberapa kali oleh tentera Israel.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Belakang dia tu bukan Masjid Al Aqsa
semua kena tipu. |
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 14-10-2023 08:25 PM
Belakang dia tu bukan Masjid Al Aqsa
semua kena tipu.
Yea salah satu masjid dalam Al Aqsa...Al Aqsa satu kawasan dlmnya bbrp Masjid yea..masjid yg imam bergambar ada masjid dome tmpt Rasullah mihraj semasa lailatul qadar |
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind: Belakang dia tu bukan Masjid A ...
Kenapa ko ckp mcm tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
allahuakbar, semoga allah lindungi palestin n rakyatnya. amin |
|
|
|
|
|
|
|
mana hackers2 malaysia yg kunun nya hebat ni? kasi perang cyber la |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok news ramai Jews di serata pelosok dunia balık ke Israel untuk membantu mempertahakan negara mereka.
Ada yang tinggalkan keluarga anak dan isteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Japjapjap
Imam ni pon berlakon jugak ke?
Mujur ummah yang berada beribu batu jauhnya dari palestin dapat hidu taktik yahudi ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|