CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10257|Reply: 0

[Perak] Bayaran insentif: Penjawat awam harus balas budi kerajaan

[Copy link]
Post time 14-10-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode


TELUK INTAN: Penjawat awam harus membalas budi kerajaan yang ‘menghadiahkan’ Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 Malaysia Madani, semalam.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, mereka perlu menunjukkan mampu melakukan yang terbaik dan cemerlang untuk membantu kerajaan merealisasikan wawasan Malaysia Madani.

Katanya, ini supaya kakitangan awam bersama-sama bina semula negara dan Malaysia kembali dihormati di pentas dunia.

“Mereka (penjawat awam) akan menerima bayaran tersebut sebelum Ramadan. Ini melibatkan perbelanjaan yang sangat besar, tapi kerajaan sudi (memberi bayaran insentif) sebagai penghargaan kepada kakitangan awam.

“Maka saya percaya inilah masanya untuk kakitangan awam membalas budi kerajan dengan menunjukkan mereka mampu melakukan yang terbaik dan cemerlang untuk membantu kerajaan merealisasikan wawasan Malaysia Madani.

“Ini supaya kita bina semula negara, ini adalah semangat kita yang wajar kita dokong bersama,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan kepada sekolah-sekolah dalam Parlimen Teluk Intan di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani semalam mengumumkan semua penjawat awam gred 57 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Bayaran itu akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak- anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Jawatan utama sektor awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform pula menerima RM1,000 manakala bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Sementara itu, Kor Ming berkata, beliau mewakili warga KPKT mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sangat komited memberikan peruntukkan RM5.64 bilion kepada kementerian itu dalam Belanjawan 2024. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... alas-budi-kerajaan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.525656 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list