CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4002|Reply: 0

[Sabah] 'Saya masih okey, hidup lagi' - Madius Tangau

[Copy link]
Post time 14-10-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Madius Tangau. FOTO Olivia Miwil

Kota Kinabalu: "Saya masih 'okey', masih sihat," kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau, menjelaskan khabar angin tersebar di media sosial yang mendakwa beliau meninggal dunia, pagi tadi.

Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata, beliau terkejut apabila ramai menghubunginya selepas menerima perkhabaran mengatakan beliau meninggal dunia.

"Tular kata saya sudah mati. Mudah-mudahan Tuhan masih beri saya peluang (untuk hidup), umur saya baru 65 tahun dan saya masih okey, masih sihat.

"Kepada mereka yang tularkan itu, saya mohon bertaubatlah, janganlah buat perkara begitu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11 Kilovolt Darau milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Manggatal, dekat sini, hari ini.

Madius yang juga Pengerusi SESB, berkata berita 'kematiannya' itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp pagi tadi.

Beliau bagaimanapun tidak tahu tujuan pihak yang menyebarkan berita itu dan mengambil pendirian tidak mahu membesarkannya.

"Saya tidak tahu apa niatnya. Ada juga kawan di Tuaran mahu buat laporan polis, tapi saya cakap tidak payah, tidak perlu heboh-heboh, saya okey di sini.

"Pagi tadi pun saya pusing-pusing di Tuaran, masih hidup lagi. Tapi, kepada yang menularkan itu, insaflah, jangan buat begitu, tidak bagus," katanya.

Sementara itu, Madius berkata SESB menetapkan sasaran untuk meningkatkan perkongsian penjanaan tenaga elektrik di Sabah yang ketika ini hanya 20 peratus dimiliki sepenuhnya syarikat utiliti untuk Sabah dan Labuan itu.

Katanya, peningkatan janaan tenaga oleh SESB sendiri penting sejajar rancangan transformasi syarikat itu ke arah syarikat yang benar-benar bergantung kepada keupayaan sendiri menjelang 2030.

"Kita mengambil langkah mulai sekarang supaya setibanya 2030, kita betul-betul menjadi syarikat sendiri, tidak lagi bergantung kepada kepada mana-mana pihak.

"Jadi amat penting untuk kita meningkatkan penjanaan tenaga kerana sekarang hanya 20 peratus di bawah SESB, manakala yang lain di bawah penyedia tenaga bebas (IPP)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lagi-madius-tangau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052988 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list