CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 0

[Sabah] Borneo Matsuri, festival muzik ACG pertama di Borneo

[Copy link]
Post time 12-10-2023 08:42 PM | Show all posts |Read mode


TERUJA: Antara cosplayer yang hadir semasa sidang media Borneo Matsuri, festival muzik AGC pertama di Borneo.

KOTA KINABALU: KupiKupi FM dengan kerjasama Projek Hikayat dan Hobbycon membawakan Borneo Matsuri iaitu festival muzik AGC pertama di Borneo yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 21 dan 22 Oktober depan.

Pengurus Besar KupiKupi FM, Lester Miol berkata festival yang julung kali diadakan itu pastinya menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan buat penggemar anime dan pencinta muzik.

“Penganjuran Borneo Matsuri adalah untuk meraikan budaya ACG Jepun yang impaknya dilihat begitu bertenaga dan luar biasa di seluruh dunia termasuk di Borneo.

“Dunia ACG di Borneo juga berkembang pesat, malah sudah menyelami budaya dalam kalangan kita sehingga menjadi sub budaya khususnya belia, sudah pasti ia wajar diraikan serta diberi pengiktirafan dengan bakat seni mereka,” katanya.

Menurutnya KupiKupi FM mewujudkan Borneo Matsuri sebagai platform bagi melonjakkan bakat anak muda ini agar menjadi perhatian, di samping memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kemahiran masing-masing iaitu daripada cosplay menakjubkan kepada persembahan yang memukau.

Katanya Borneo Matsuri ini juga lebih daripada sekadar perhimpunan peminat ACG kerana ia membuka laluan kepada para belia mengembangkan minat mereka menjadi sesuatu yang luar biasa.

“Walaupun komuniti ACG dilihat sebagai budaya yang bersahaja, tetapi ia kini semakin mekar daripada satu benih yang kecil, sehingga berjaya meluaskan kuasanya sebelum diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Borneo Matsuri berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang semakin berkembang ini, kerana festival unik ini menjanjikan sambutan yang menyeronokkan untuk para belia dan keluarga dalam mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

"Dengan kerjasama diantara KupiKupi FM, stesen radio komuniti tempatan nombor satu di Borneo dan penganjur Projek Hikayat serta Hobbycon, Borneo Matsuri bersedia untuk mencipta semula landskap atau arena festival ACG di Borneo,” katanya.

Tambahnya gabungan kepakaran dan dedikasi organisasi ini dalam memastikan festival yang bertaraf tinggi, direka sepenuhnya untuk menarik dan memberi inspirasi kepada pengunjung.

Lester berkata, festival berkenaan bakal menampilkan barisan tetamu jemputan dan aktiviti yang dinamik, termasuk persembahan secara langsung (live) daripada artis tempatan popular, pameran cosplay yang menggembirakan, gerai barangan eksklusif, perbincangan panel yang menarik, bengkel interaktif dan banyak lagi.

“Pengunjung juga boleh menjangkakan satu pengalaman yang benar-benar baharu, di samping berpeluang beramah mesra dengan peminat yang mempunyai minat sama dengan mereka serta menemui aspek baharu yang menarik dalam ACG.

"Dengan semangat untuk mengembalikan kepada komuniti, Borneo Matsuri juga menjemput warga rumah anak yatim tempatan, bagi menghadirkan kegembiraan selain memberi satu kenangan manis kepada anak-anak yatim yang menyertai serta mengambil bahagian dalam Borneo Matsuri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perniagaan Pengguna, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet menyatakan keterujaan Predator untuk festival itu.

"Predator komited untuk menyampaikan pengalaman permainan terbaik selain perkongsian bersama komuniti tempatan yang bertenaga di Sabah menerusi festival ini.

"Mari datang dan temui kami di gerai Predator serta mengambil bahagian dalam susunan  aktiviti dan hadiah menarik, dengan kerjasama KupiKupi FM Cruiser, kami turut menampilkan pemain cosplay Amelia Khor dan Ai Nurul," katanya.

Sementara itu, dua lagi penaja iaitu F&N dan Hotlink turut menyatakan keterujaan mereka untuk festival Borneo Matsuri itu nanti.

“F&N berjaya menghadirkan keseronokan dan kebaikan kepada Malaysia selama 140 tahun, ayuh raikan kehidupan cerah bersama F&N di Festival Muzik ACG Pertama Borneo," katanya.

Dalam pada itu, Hotlink mengumumkan akan menjadi rakan kongsi rasmi utama Borneo Matsuri ini.

Borneo Matsuri dijangka menarik kehadiran peminat dari seluruh rantau ini, termasuk peminat anime, cosplayer, peminat muzik dan individu yang ingin tahu serta menerokai dunia ACG yang mempesonakan.  

Festival ini juga menawarkan peluang baik untuk perniagaan di mana penaja tempatan boleh mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai pengumuman Borneo Matsuri, penjualan tiket, dan barisan artis boleh layari media sosial rasmi @borneomatsuri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063770 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list