CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 0

[Kedah] Belanjawan 2024: Penerima STR harap bantuan naik RM500 hingga RM1,000

[Copy link]
Post time 12-10-2023 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Belanjawan 2024: Penerima STR harap bantuan naik RM500 hingga RM1,000

oleh   NURUL HIDAYAH HAMID
  12 Oktober 2023   06:33pm






Golongan berpendapatan rendah yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan agar menaikkan jumlah bantuan itu antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap kategori untuk pemberian pada tahun depan menerusi Belanjawan 2024. - Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Yazlin, Che Rohani, Umzarul Faiz



ALOR SETAR - Golongan berpendapatan rendah yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan agar menaikkan jumlah bantuan itu antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap kategori untuk pemberian pada tahun depan menerusi Belanjawan 2024.

Penerima STR, Yazlin Mohd Isa, 45, berkata, dia berterima kepada kerajaan atas pemberian STR sebanyak RM1,000 ketika ini yang sedikit sebanyak meringankan beban kewangan.



Bagaimanapun, menurut suri rumah dari Kampung Bukit Teriak itu, sumbangan diterima dirasakan masih belum mencukupi untuk membantu menguruskan kehidupan harian.

"Jadi, saya berharap bantuan STR diberikan dapat ditambah lagi untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) disebabkan kenaikan barang keperluan yang mendadak ketika ini.



"Selain itu, perbelanjaan persekolahan juga dirasakan makin tinggi.Begitu juga perubatan.Semuanya memerlukan perbelanjaan banyak," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima STR, Che Rohani Hamid, 53, berkata, dia berharap jumlah pembayaran lebih tinggi terutamanya untuk individu sudah berkahwin sepertinya berikutan kenaikan harga barang.


Menurutnya, kenaikan harga barang terutamanya barangan keperluan harian memberi kesan terutamanya kepada isi rumah memiliki anak ramai.

"Jadi, sekiranya bantuan dinaikkan lagi, ia sedikit sebanyak membantu penerima untuk meneruskan kehidupan mereka," kata suri rumah dari Taman Mutiara itu.




Tambah Che Rohani, dia berharap kerajaan tetap meneruskan bantuan seumpama itu pada masa akan datang.

Pandangan sama disuarakan Umzarul Faiz Omar, 45, yang berharap kerajaan mengekalkan bantuan seperti itu,namun meningkatkan jumlah bantuan STR mengikut isi rumah dan kelayakan masing-masing berikutan keadaan ekonomi semasa.

Katanya, dia menerima bantuan STR sebanyak RM1,500 berharap kadar diterima ditambah kepada jumlah lebih tinggi antara RM2,000 hingga RM2,500.

"Sekarang, harga barangan seperti beras, telur serta ayam makin naik dan mahal.Jadi, kadar STR juga perlu dinaikkan, malah ia tidak boleh berada di paras lama.

"Sekiranya, bantuan STR dinaikkan pastinya ramai rakyat berterima kasih kepada kerajaan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.291831 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list