CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1688|Reply: 0

[Pulau Pinang] PPM berjaya tangani 4,995 kes babit rampasan RM186 juta

[Copy link]
Post time 12-10-2023 05:56 PM | Show all posts |Read mode
PPM berjaya tangani 4,995 kes babit rampasan RM186 juta


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tengah) hadir Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-76 Tahun 2023 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menangani sebanyak 4,995 kes membabitkan rampasan RM186 juta pada operasi di seluruh negara dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejayaan itu membabitkan rampasan dadah, rokok dan minuman keras sekali gus mencerminkan keberhasilan yang cekap pasukan itu.

"Apabila komitmen berterusan dan mempunyai integriti yang tinggi, kejayaan ini pasti akan kita dapat tingkatkan lagi.

"Saya pasti fokus perkhidmatan berteraskan integriti dan tatakelola yang baik serta mendukung dasar kerajaan dapat dilaksanakan melalui usaha PPM," katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-76 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, di sini dan hadir sama ialah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin serta Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim.

Sementara itu, dalam ucapannya, Razarudin berkata, perkhidmatan pasukan itu akan lebih mantap dengan penambahan projek dan aset baharu tidak lama lagi.

"Projek dijangka siap Januari depan ialah Pembangunan Markas PPM Wilayah 3 di Tok Bali, Kelantan bernilai RM75 juta dan Pembangunan Markas Pangkalan Hadapan di Pulau Mabul, Sabah bernilai RM45.5 juta.

"Selain itu adalah perolehan 10 buah bot Police Strike Craft, Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Full Cabin bernilai RM32.8 juta serta dua buah kapal pengangkut kelas Police Transport Vessel bernilai RM197.7 juta dan lima buah bot ronda kelas Fast Patrol Craft bernilai RM99.9 juta menerusi Rancangan Malaysia ke-12," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 12, 2023 @ 5:13pm










[size=0.95]





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.044209 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list