CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2409|Reply: 0

[Pulau Pinang] Video tular pukul tahanan di IPD, polis sedang lengkapkan siasatan - Razarudin

[Copy link]
Post time 12-10-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan ucapan pada Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-76 Tahun 2023 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban Pulau Pinang di sini hari ini. - Foto MIKAIL ONG

GEORGETOWN: Polis sedang melengkapkan siasatan membabitkan kes orang kena tahan (OKT) dipukul ketika dalam tahanan, seperti yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan merujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi melihat tindakan lanjut sebaik sahaja siasatan itu lengkap.

Beliau berkata, pihaknya juga memberi jaminan akan menyiasat perkara itu dengan adil tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Kita sudah membuka kertas siasatan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan juga sudah membuat sidang media, jadi kita akan lebih telus dan lebih komitmen serta adil dalam menyiasat perkara ini.



"Saya sudah sampaikan perkara ini kepada Ketua Polis Selangor, jadi kita akan dapat tahu siasatan itu dan apabila lengkap kita akan hantar kepada AG (Peguam Negara) bagi cadangan," katanya kepada media, hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke 76 di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Batu Uban di sini. Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Khaw Kok Chin.

Terdahulu, rakaman video mengenai insiden pukul OKT dalam tahanan berkenaan tular di aplikasi Telegram sejak semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 10.30 pagi 2 Ogos 2022.

Menerusi video tular itu, seorang daripada dua individu yang disyaki anggota polis dilihat memijak lutut seorang lelaki dipercayai OKT manakala seorang lagi bertindak melibas tapak kaki OKT.

Kertas siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibuka berhubung tangkapan berkenaan dan OKT itu juga sudah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos 2022.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai perkembangan kes seramai 43 rakyat Malaysia yang diselamatkan di Peru selepas menjadi mangsa pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam, Razarudin berkata, ia sedang diuruskan pihak Kementerian Luar bagi dibawa pulang.

"Saya tidak mahu bercakap panjang atau membuat spekulasi disebabkan kita akan mengambil dan menemubual apabila (seramai) 43 orang ini balik ke Malaysia dengan usaha oleh pihak Kementerian Luar.

"Jadi saya tidak mahu komen (mengenai) ini lagi, bila dia (mereka) balik (ke Malaysia), kita akan siasat dan dalam masa sama kita sedang mengumpul risikan itu," katanya lagi

Dalam kes itu, semua mangsa yang terdiri daripada 26 wanita dan 17 lelaki berusia 30-an, ditahan menerusi serbuan oleh polis Republik Peru di sebuah rumah di La Molina, Lima pada Sabtu lalu kerana disyaki terbabit dengan sindiket Macau Scam.
https://www.bharian.com.my/berit ... lengkapkan-siasatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.193022 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list