CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 0

Kembalilah kepada kami Courtois - Lukaku

[Copy link]
Post time 12-10-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode

LUKAKU mengakui Belgium masih memerlukan Courtois. FOTO Reuters

Brussels: Kapten Belgium, Romelu Lukaku berkata dia akan mengalu-alukan Thibaut Courtois kembali ke dalam pasukan kebangsaan dengan tangan terbuka selepas penjaga gol itu meninggalkan skuad Jun lalu.

Selepas hilang peranan selaku ketua pasukan, Courtois enggan bermain dalam kelayakan Euro menentang Estonia Jun lalu.

Menurut jurulatih, Domenico Tedesco berkata, beliau tidak berhubung dengan penjaga gol Real Madrid itu.

Bagaimanapun, Lukaku hadir dengan pendapat yang berbeza.

"Maksud saya dari lubuk hati saya: kita mesti meletakkan apa yang berlaku di belakang kita," katanya pada sidang media ketika Belgium bersedia untuk perlawanan kelayakan seterusnya menentang Austria di Vienna Sabtu ini.

"Pada hari Thibaut memutuskan untuk kembali, dia akan kembali. Jika itu berlaku, dia masih mempunyai nilai yang besar."

"Thibaut kemudiannya akan menjawab sendiri di bilik persalinan. Anda tahu, saya ingin menyeru media agar tidak terus-menerus menulis bahawa Thibaut Courtois atau mana-mana pemain lain berkata ini atau melakukan itu. Kami perlu meletakkan perkara itu di tepi," tambah Lukaku.

"Saya doakan Thibaut mendapat pemulihan yang baik, itu perkara paling penting sekarang, dan jika dia kembali, saya akan menjadi orang pertama yang menyambutnya dengan tangan terbuka."

Lukaku dipilih mendahului Courtois sebagai kapten pada bulan Jun, menggantikan Kevin De Bruyne yang cedera.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ami-courtois-lukaku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.357193 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list