CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Sabah] Lawatan pertama HMCS Ottawa ke Sabah kukuhkan hubungan Malaysia, Kanada

[Copy link]
Post time 11-10-2023 10:12 PM | Show all posts |Read mode


TIBA: Robert (kanan) dan Wayne (dua kanan) mengibarkan bendera Kanada semasa menyambut ketibaan HMCS Ottawa.



HMCS OTTAWA: Kapal HMCS Ottawa yang berlabuh di Pangkalan TLDM Sepanggar sehingga 14 Oktober depan.



MESRA: Sam semasa bertemu dengan Komander Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Kepten Muhammad Shakir Salleh TLDM, sebaik berlabuh di Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan TLDM Sepanggar di sini.

KOTA KINABALU: Lawatan kali pertama Kapal perang Tentera Laut Diraja Kanada, Her Majesty’s Canadian Ship (HMCS) Ottawa ke sini mampu mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kanada.

Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Wayne Robson berkata pada 2022 lalu Kanada dan Malaysia meraikan 65 tahun hubungan diplomatik dan pertahanan yang terjalin sejak 1966 apabila Malaysia diterima sebagai salah satu negara bagi program latihan ketenteraan Kanada.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sebelum ini mengambil bahagian dalam pelbagai program latihan bersama Tentera Kanada termasuklah latihan bahasa Inggeris dan Perancis, pembangunan profesional, serta penyampaian kursus di Malaysia di Pusat Pengaman Malaysia di Port Dickson.

“HMCS Ottawa sangat teruja untuk berada di Sabah buat kali pertama dan lawatan ini membolehkan kelasi kapal mengenali lebih lanjut tentang Malaysia melalui sesi bual bicara bersama pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkenaan kesedaran serta keselamatan maritim.

“Kita juga akan melakukan aktiviti membantu membaik pulih fasiliti yang diperlukan di dalam komuniti di Kampung Nagasiba Penampang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media semasa ketibaan HMCS Ottawa di Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar di sini.

Turut hadir Kaunselor Politik Suruhanjaya Tinggi Kanada Robert Bissett dan Penasihat Pertahanan Kanada Leftenan Kolonel Derek Mattinen.

Katanya interaksi ini memberi satu nilai tambah kepada kedua-dua belah pihak dan pertukaran budaya ini juga akan memberikan kesan positif yang bermakna dan tidak dapat dilupakan oleh semua pihak terbabit.

“Kepelbagaian adalah perkara yang dikongsi oleh Kanada dan Malaysia sebagai tambahan kepada nilai demokrasi yang diamalkan dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran dalam Indo-Pasifik berkekalan,” katanya.

Sementara itu Komander Sam Patchell berkata lawatan HMCS Ottawa sehingga 14 Oktober di sini juga sebagai sebahagian daripada penglibatan pertahanan berterusan Kanada di rantau Indo-Pasifik.

“Sepanjang berada di sini kita akan mengadakan  sesi bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menggalakkan interaksi antara warga tentera laut kedua-dua negara termasuk lawatan antara kapal, perlawanan persahabatan bola sepak serta aktiviti berkaitan lain.

“Lawatan HMCS Ottawa ke Kota Kinabalu menandakan kali pertama kapal Tentera Laut Diraja Kanada melawat Malaysia Timur seterusnya menyerlahkan lagi kerjasama pertahanan yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Bukan sahaja kita meraikan 65 tahun hubungan diplomatik rasmi pada 2022, Kanada dan Malaysia juga meneruskan hubungan pertahanan dan keselamatan sejak menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama keselamatan pada 2013 dan saling bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan kapasiti ketenteraan, menentang keganasan, dan pengurangan ancaman Senjata Pemusnah Besar-Besaran,” katanya.

Katanya HMCS Ottawa ialah salah satu daripada dua belas frigat kelas Halifax RCN yang dilengkapi dengan anti-kapal selam, peperangan anti-permukaan serta memiliki senjata dan sensor anti-udara.

“Dengan detasmen udara memulakan operasi helikopter CH-148 Cyclone, HMCS Ottawa mempunyai 250 kelasi, askar dan penerbang profesional, sejak Ogos lalu, kapal ini sudah melawat beberapa negara termasuk Jepun, Filipina dan Thailand, sebelum ke Malaysia.

“Kapal ini akan berlayar di rantau ini sehingga November 2023 sebelum kembali ke pelabuhan pada Disember dan ini adalah siri lawatan kapal RCN ketiga ke Malaysia dalam tempoh tujuh tahun lepas iaitu lawatan sebelumnya dilaksanakan oleh HMCS Winnipeg pada Januari 2016 dan September 2022 menunjukkan komitmen berterusan Kanada terhadap keamanan dan keselamatan di Indo-Pasifik.

“Kanada melatih lebih 1,000 responden pertama di Malaysia tentang kaedah menangani pelbagai ancaman, insiden keselamatan dan serangan selain menyumbang peralatan iaitu dua bot fender yang dihantar kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2014,” katanya.

Beliau berkata ATM juga mendapat manfaat daripada Program Kerjasama Latihan Ketenteraan Kanada sejak 1966 dan lebih 500 pegawai berjaya menerima latihan dalam pelbagai bidang termasuk kursus bahasa, operasi sokongan keamanan, dan pembangunan profesional ketenteraan.

“Sebagai salah satu daripada empat kapal Tentera Laut Diraja Kanada yang beroperasi di Indo-Pasifik tahun ini, saya bangga dapat memainkan peranan di rantau ini seterusnya mengekalkan kehadiran konsisten untuk menyokong keamanan dan keselamatan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.189312 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list