CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Pulau Pinang] 100 berpakaian tradisional sertai kayuhan basikal klasik

[Copy link]
Post time 11-10-2023 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-10-2023 09:32 PM

100 berpakaian tradisional sertai kayuhan basikal klasik


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 11, 2023 @ 6:52pm [email protected]




Peserta KSBK daripada pelbagai lapisan umur disyaratkan berpakaian klasik ala-ala pakaian Melayu lama. - Foto ihsan Masjid Ar Rahman




KEPALA BATAS: Berpakaian tradisional sambil mengayuh basikal klasik sejauh lapan kilometer (km) menelusuri jalan kampung, sawah padi, tali air dan jalan raya.

Itu antara keunikan acara disertai hampir 100 peserta sempena Festival Cinta Rasul (FCR) yang berlangsung selama tiga hari anjuran Masjid Ar Rahman, Permatang Rambai, Penaga di sini, yang berakhir 1 Oktober lalu.

Ahli jawatankuasa masjid merangkap pengurus program FCR, Zahir Jamaluddin, berkata pihak masjid mengambil kesempatan menganjurkan Kayuhan Santai Basikal Klasik (KSBK) bagi memeriahkan lagi acara yang mendapat penyertaan amat memberangsangkan itu.

"Pihak kami teruja apabila menerima penyertaan daripada peserta pelbagai lapisan umur dengan gaya klasik tersendiri.

"Kita juga tidak menyangka apabila kaum wanita tidak mahu ketinggalan selepas lebih separuh daripada jumlah peserta terdiri daripada mereka, sedangkan sebelum ini jika ada program berbasikal, jarang sekali wanita mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata, KSBK antara acara sukan rakyat paling meriah dan menghiburkan apabila peserta disyaratkan berpakaian klasik ala-ala pakaian Melayu lama.

"Tema basikal klasik dipilih supaya peserta dapat merasai dan menghargai basikal klasik atau basikal tua yang pernah menjadi pengangkutan utama generasi terdahulu.


Peserta KSBK turut singgah di rumah tokoh besar kelahiran Kampung Permatang Rambai dan sekitarnya dalam usaha memperkenalkan tokoh itu serta menghargai nilai sejarah seni bina rumah tradisional yang masih dikekalkan hingga ke hari ini. - Foto ihsan Masjid Ar Rahman



"Program bermula jam 8.30 pagi itu melintasi empat surau di bawah kariah Masjid Ar Rahman dengan menelusuri jalan kampung, sawah padi, tali air dan jalan raya sejauh lebih lapan km, selain singgah di rumah-rumah Melayu lama sekitar Kampung Permatang Rambai dan Penaga.

"Di samping itu, kita turut singgah di rumah tokoh besar kelahiran Kampung Permatang Rambai dan sekitarnya dalam usaha memperkenalkan tokoh-tokoh ini serta menghargai nilai sejarah seni bina rumah tradisional yang masih dikekalkan oleh generasi terdahulu antaranya rumah bekas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas dan rumah bekas Mufti Pulau Pinang, Allahyarham Datuk Sheikh Adnan Sheikh Hashim," katanya.

Sementara itu, bekas imam Masjid Ar Rahman Permatang Rambai, Mat Tahir Man, 84, yang turut menyertai program kayuhan itu berkata, basikal tua atau basikal klasik menyimpan 1,001 cerita dalam kehidupannya dan begitu nostalgia buat dirinya.

"Masa saya berkahwin sekitar tahun 1961, rombongan pengantin perempuan menaiki basikal menelusuri batas bendang yang sempit sejauh tiga hingga empat km untuk ke rumah pengantin lelaki.

"Malah, pengantin perempuan sendiri iaitu isteri saya dibawa dengan basikal tua pada hari perkahwinan kami kerana tiada cara lain untuk sampai ke rumah ibu bapa saya yang terletak jauh di tengah sawah." katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.046402 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list