CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1791|Reply: 0

[Sabah] 'Seorang penjawat awam dalang sebar dakwaan salah guna kuasa Hajiji' - Pandikar Amin

[Copy link]
Post time 11-10-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Tan Sri Pandikar Amin Mulia

Kota Kinabalu: Seorang kakitangan kerajaan yang mengetahui urusan permohonan tanah dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa membabitkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dipercayai menjadi dalang yang menyebarkan maklumat itu kepada pihak tertentu.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, maklumat berkenaan kemudian disebar di media sosial sebagai dakwaan salah guna kuasa membabitkan Hajiji bagi menimbulkan prasangka buruk terhadapnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa kakitangan terbabit juga adalah kawan kepada pihak tertentu yang turut mempunyai minat untuk memohon tanah di Pulau Balambangan, Kudat itu.

Kata beliau, perbuatan kakitangan terbabit tidak wajar kerana jelas mempunyai niat tertentu dan perlu disiasat bagi mendedahkan kebenaran serta membersihkan nama Hajiji daripada tuduhan yang tidak berasas.

"Bagi saya, laporan polis dibuat sebelum ini adalah wajar. Apa yang saya tahu, maklumat di media sosial itu (berkaitan isu ini) diperoleh daripada seorang individu yang disebut sebagai kakitangan kerajaan yang mempunyai maklumat dalaman.

"Kakitangan kerajaan itu mengeluarkan kenyataan terbabit kerana dia berkawan dengan individu tertentu yang turut berminat memohon tanah di Balambangan.

"Oleh itu, isu ini perlu disiasat," katanya pada sidang media di sini, berhubung tuduhan salah guna kuasa membabitkan urusan permohonan tanah di Pulau Balambangan yang dilemparkan terhadap Hajiji.

Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, berdasarkan karektor Hajiji, beliau tidak nampak Ketua Menteri Sabah Ke-16 itu sebagai pemimpin yang rakus, tamak dan mahu mendominasi kuasa dalam kerajaan negeri.

Pandikar Amin berkata, sebagai penjawat awam, kakitangan kerajaan seharusnya melaksanakan amanah dengan baik walaupun berlaku pertukaran kerajaan kerana mereka kekal memberikan perkhidmatan tanpa mengira siapa yang memerintah.

Katanya, sejak mengambil alih jawatan Ketua Menteri, Hajiji tidak banyak melakukan pertukaran pegawai kerajaan termasuk yang duduk di tempat yang strategik.

"Sebagai contoh, Setiausaha Kerajaan Negeri yang sekarang ini, dia bukan dilantik Hajiji, lantikannya itu adalah daripada kerajaan dahulu. Tapi, Hajiji tidak menukarnya dengan sesiapapun.

"Jadi saya sama sekali tidak ragu dan saya yakin bahawa apapun perkara yang dibuat Hajiji adalah mengikut lunas peraturan, undang undang dan perlembagaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asa-hajiji-pandikar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059695 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list