CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2517|Reply: 1

[Tempatan] Tak minat, sudah bekerja atau berkahwin punca murid berhenti sekolah - KPM

[Copy link]
Post time 11-10-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Tak minat, sudah bekerja atau berkahwin punca murid berhenti sekolah - KPM
Oleh Zanariah Abd Mutalib - Oktober 11, 2023 @ 12:30pm
[email protected]




KUALA LUMPUR: Tidak minat lagi untuk ke sekolah, selain sudah bekerja termasuk ada yang sudah berkahwin dikenal pasti antara punca murid berhenti daripada bersekolah.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berdasarkan kepada rekod Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) antara 2019 hingga 2023.

Beliau berkata sebab lain murid berhenti sekolah adalah kerana masalah keluarga serta sukar untuk ke sekolah disebabkan faktor jarak.

Hui Ying berkata demikian ketika menjawab soalan asal Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Chean Chung bertanya mengenai kadar keciciran dari sistem sekolah dan sebab keciciran mengikut tahun, umur serta jantina antara 2019 hingga Jun 2023, selain langkah diambil KPM supaya mereka kembali bersekolah.

Mengulas lanjut Hui Ying berkata, kadar keciciran murid perempuan di sekolah menengah didapati meningkat dalam tempoh empat tahun lalu iaitu daripada 0.4 peratus pada 2019 kepada 0.71 peratus pada 2022.

Namun, katanya statistik Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan kadar keciciran murid lelaki menunjukkan penurunan pada peringkat persekolahan berkenaan iaitu dari 0.72 peratus kepada 0.29 peratus bagi tempoh sama.

Secara keseluruhan, beliau berkata kadar keciciran murid di negara ini menunjukkan trend penurunan antara 2019 hingga 2022.

Hui Ying berkata, kadar keciciran murid pada peringkat sekolah rendah menurun daripada 0.12 peratus pada 2019 kepada 0.07 peratus pada 2022, manakala bagi sekolah menengah daripada 1.14 peratus kepada 0.99 peratus.

Dari segi kadar keciciran murid mengikut jantina bagi sekolah rendah, statistik menunjukkan tiada keciciran bagi murid perempuan, manakala murid lelaki menunjukkan trend penurunan iaitu daripada 0.16 peratus kepada 0.09 peratus.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 01:04 PM | Show all posts
come on lah kpm. kalau dah berhenti tak hancur kehidupanlah.

bukan semua yang belajar sampai u itu boleh dapat kerja bagus. sebelum berusaha untuk menarik semula pelajar ke universiti perbaiki dahulu peluang pekerjaan lepasan uni. .. setakat terliur dapat duuit banyak kerana ada banyak pelajar u tetapi perkara lain spt kebajikan pelajar dan perkara lain diabaikan tak payahlah bising sangat. .. biar betul otak kpm masih mengelupur student kurang sedang peluang kerja susah

bagi mereka peluang untuk bina kehidupan bina pendididkan ini spt jadi petani yang ada kemahiran, penternak serba boelh, jadi pemproses makanan ker, tukang buat rumah ker tiktoker ...... atau hantar mereka kursus job 3d
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.457881 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list